‘Masak Tak Sedap, Perangai Macam Tahi’ – Ben Foster Hentam Salt Bae Tanpa Belas

Salt Bae terus menerus menjadi topik perbualan hangat para peminat dengan beliau baru-baru ini teruk dihentam oleh legenda England, Ben Foster.

Ben Foster seolah-olah melepas geram ketika beliau bercakap tentang penabur garam itu dengan beliau menghinanya dari segala sisi.

Tukang masak selebriti itu mencuri perhatian peminat selepas beliau menunjukkan aksi tidak sopan ketika para pemain Argentina meraikan kejayaan mereka menjuarai saingan Piala Dunia.

Salt Bae dilihat turun ke padang dan meraikan kejayaan Argentina menjuarai saingan Piala Dunia pada tahun ini bersama-sama para pemain.

Beliau bahkan melebih-lebih dan bersikap keterlaluan seolah-olah dirinya individu penting dalam skuad kebangsaan Argentina.

Salt Bae juga turut telah diharamkan dari menonton aksi dalam beberapa perlawanan kompetetif dan beliau juga kini sedang disiasat oleh FIFA.

Ketika peminat sedang hangat berbincang tentang pemotong daging terkenal itu, Ben Foster tampil menghentam beliau tanpa belas kasihan.

Bercakap dalam podcastnya, Ben Foster mendedahkan bahawa:

“Bercakap tentang Messi sebenarnya, saya mahu bercakap tentang perangai paling tahi di kejohanan ini, saya nak cakap tentang perkara paling tahi sekali di kejohanan tahun ini.”

Jelas Foster memulakan perbicaraannya.

“Hal ini memalukan, malu yang berganda, jadi ramai orang bercakap tentang perangai Emi Martinez, sikap dia ketika penentuan sepakan penalti dan semua hal macam itu.”

“Langsung tak ada masalah tentang itu, ini perangai sampah berkelas dunia, sebab dia ada alasan yang baik, ia sangat menakjubkan. Emi menang perangai paling sampah di kejohanan ini dalam sisi yang sangat positif.”

“Dia buat dengan cara yang betul, dia betul-betul ada dalam kepala setiap pemain Perancis, dia bantu pasukan dia, dia dapat kacau mental Perancis.”

Foster kemudiannya mendedahkan tentang perangai paling tahi yang beliau jumpa di kejohanan pada tahun ini dengan menyatakan:

“Pemenang sebenar perangai paling tahi di kejohanan ini adalah Salt Bae. Memang perlu diberikan kepada Salt Bae.”

Jelas Foster.

“Lelaki ini, kamu semua tentu sedar tentang dia, kamu semua mesti kenal dia, jadi selepas tiupan wisel penamat, dia mula melangkah masuk ke padang, mula berjalan-jalan, memang teruk, dia menyibuk dekat semua orang.”

“Ada satu rakaman, sebenarnya banyak, tapi ada satu rakaman dia pergi ke Emi Martinez, dia rapat-rapat, peluk dan dia cuba buat gaya tabur garam atas Piala Dunia, euwww (Buat reaksi meluat) memang teruk.”

“Tapi yang paling teruk sekali, Messi sedang berjalan, dia nampak Salt Bae, Messi pusing dan dia senyum, tapi Salt Bae kejar dia, pegang tangan dia, dia nak sangat Messi nampak dia, Messi berpusing dan dia masih lagi menarik tangan Messi, kamu boleh nampak Messi dah menyampah dengan dia.”

Foster kemudiannya menambah lagi dengan menyatakan:

“Tanpa ragu-ragu, Salt Bae, harga kamu melampau, steak kamu langsung tak sedap, saya yakin saya masak lagi sedap dari tu, kamu memang tak guna, jangan buat lagi ya, biarkan mereka nikmati detik itu, biarkan mereka, kamu tak menyumbang apa-apa pun.”

Melihat kepada luahan Ben Foster, beliau jelas sekali tidak gembira dan sakit hati melihat sikap Salt Bae ketika tamat aksi perlawanan akhir Piala Dunia itu.

Bukan hanya Foster, bahkan seluruh dunia turut menghentam tindakan Salt Bae dan turut mempersoalkan kepada FIFA atas kapasiti apa si penabur garam itu diberi keistimewaan seperti itu.

Adakah peminat semua setuju dengan Ben Foster untuk menganugerahkan anugerah individu paling sampah di pentas Piala Dunia tahun ini kepada Salt Bae? bincangkan di ruangan komen.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN