Piala AFF 2022: 3 Pemain Negara Dijangka Beri Impak Besar Untuk Aksi Bertemu Laos

Malaysia bakal menghadapi perlawanan kedua Piala AFF 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bagi membuat perhitungan bersama Laos, malam ini.

Skuad kendalian Kim Pan-gon itu sebelum ini berjaya memulakan aksi dengan mencatat kemenangan di Yangon, selepas mereka menewaskan Myanmar menerusi keputusan tipis 1-0.

Tampil dengan skuad serba baharu yang dibentuk, jelas Malaysia mempunyai sedikit masalah daripada segi persefahaman serta hampir pulang ke Malaysia dengan keputusan seri.

Walaupun begitu, sedikit positif apabila ada beberapa pemain yang dilihat berjaya mempamerkan kualiti dalam permainan mereka untuk memberi harapan buat para penyokong Harimau Malaya pada aksi seterusnya.

Berikut merupakan tiga pemain negara yang dijangka akan memberi memberi impak dalam permainan untuk memberi keputusan positif buat skuad kebangsaan.

Faisal Abdul Halim

Penyerang lincah ini boleh dianggap sebagai kunci utama dalam serangan yang direncanakan oleh Pan-gon sejak beliau memegang tampuk kejurulatihan Harimau Malaya.

Tampil selaku peledak tunggal buat Malaysia pada perlawanan lalu, dijangka pemain tersebut akan terus memberi aksi positif buat skuad kebangsaan pada perlawanan malam ini.

Kelebihan Faisal terarah kepada kelincahan beliau yang bijak melepasi pertahanan lawan menerusi gerakan lincah dicipta beliau dari sebelah tepi.

Pemain ini juga memiliki kepakaran untuk melepaskan sepakan deras dari luar kotak penalti untuk meledak gol buat negara.

Lee Tuck

Walaupun beliau turun pada separuh masa kedua untuk perlawanan lalu, Tuck tampil memberi impak yang besar di posisi serangan serta tengah negara.

Tonggak naturalisasi ini mula tampil menyerlah sejak dua perlawanan persahabatan lalu dan telah pun mencatat gol pertama buat Malaysia untuk menyakinkan barisan kejurulatihan.

Sesuatu yang menarik pasal Tuck ialah kelebihan beliau untuk mengawal tempo permainan dengan begitu baik serta kebolehan pemain ini untuk membuka ruang mencipta serangan.

Azam Azmi Murad

Azam hadir dalam kem kebangsaan dengan reputasi yang sangat baik ketika bersama Terengganu di posisi pertahanan kanan.

Tanpa Dion Cools dan Matthew Davies dalam kem kebangsaan, kehadiran Azam jelas memberi isyarat penting yang beliau juga boleh diharap untuk bermain di posisi berkenaan.

Seperti di Terengganu, Azam jelas tidak kekok untuk membantu serangan negara menerusi kelincahan beliau serta mencipta hantaran lintang berbahaya.

Di bahagian pertahanan, Azam antara yang cemerlang untuk cepat mematikan pergerakan lawan dan sangat tenang sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung biarpun masih muda.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN