“Masa Untuk Pergi” – Inter Milan Kini Sedia Jual Christian Eriksen

Christian Eriksen

Disangkakan panas sampai ke petang namun hujan tiba-tiba turun di tengah hari, begitulah nasib Christian Eriksen yang perlu meninggalkan Inter Milan selepas ini.

Selepas terlibat dalam insiden rebah akibat serangan jantung ketika mewakili Denmark sewaktu Euro 2020, Eriksen tidak lagi bermain untuk Inter terutamanya pada musim ini.

Euro 2020: Pertemuan Denmark VS Finland Ditangguh Selepas Christian Eriksen Rebah Tidak Sedarkan Diri

Masa untuk pergi

Keputusan Simone Inzaghi untuk tidak menurunkan Eriksen ini ada sebabnya dan bukan saja-saja ianya dilakukan.

Eriksen tidak diturunkan kerana peraturan di Serie A tidak membenarkan mana-mana pemain beraksi sambil mempunyai alat bantuan sokongan yang digunakan oleh mereka.

Dalam kes Eriksen, beliau dipakai dengan defibrillator yang merupakan sebuah alat yang digunakan untuk mengawal keadaan jantung.

Ianya menggunakan kuasa eletrik dan melancarkannya kepada dinding dada (chest wall) atau bahagian hati.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Inter, kelab itu akan melepaskan Eriksen disebabkan peraturan tersebut dengan dijangka Januari adalah waktu terpantas untuk menjual pemain tersebut.

“Merujuk kepada pendaftaran pemain bernama Christian Eriksen, perlu dimaklumatkan berikutan kecederaan serius yang dihadapinya ketika Euro 2020, [beliau telah] dihalang sementara oleh pihak berkuasa kesihatan Itali daripada terlibat dengan sebarang aktiviti kompetitif pada musim semasa.”

“Walaupun keadaan beliau sekarang ini tidak membenarkan dirinya bermain secara kompetitif di Itali, tetapi perkara itu boleh dibuat di negara lain yang membenarkan beliau berbuat demikian.”

Dengan larangan tersebut, Eriksen dan Inter tiada pilihan lain selain berpisah dan membawa haluan masing-masing.

Beberapa destinasi dikaitkan dengan Eriksen dengan Tottenham Hotspur dan Ajax Amsterdam menjadi sebutan.

Selain dua kelab itu, Real Madrid juga dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain 29 tahun itu.

Sumber:

Leave a Reply