Marselino Ferdinan Dianggap Setaraf Son Heung-min

Pemain muda Indonesia iaitu Marselino Ferdinan tampil dengan pelbagai pujian dalam kalangan peminat serta pemerhati bola sepak, ekoran kualiti telah diberikan bintang itu bersama skuad kebangsaanya.

Terbaharu, Ferdinan berjaya meledak dua gol ketika Sang Garuda mengetepikan cabaran Arab Saudi 2-0 bagi aksi Kelayakan Piala Dunia pusingan ketiga pada 19 November lalu di Stadium Gelora Bung Karno.

Atas padang, pemain yang baru berusia 20 tahun ini tampil dengan aksi sangat menonjol walaupun masih muda serta dikelilingi tonggak warisan berpengalaman lain untuk memberi impak besar buat pasukan.

Melihat kepada perjalanan pemain itu yang masih panjang, pengendali Indonesia iaitu Shon Tae-yong menyifatkan Ferdinan miliki potensi untuk menyamai Son Heung-min daripada segi kualiti di atas padang.

Seperti diketahui, Son merupakan antara pemain Asia yang sangat berjaya kini di pentas antarabangsa dan menjadi watak penting untuk siri serangan Tottenham Hotspur bagi saingan English Premier League di England.

Sementara Ferdinan pula kini sedang mewakili Oxford FC yang juga berada di England untuk saingan Championship dan masih menanti masa tepat untuk mencipta penampilan sulung.

“Ya, namanya Marselino Ferdinan. Saya memilih beliau untuk menyertai skuad utama kebangsaan pada usia 17 tahun dan kini dia telah pun berusia 20 tahun.

“Pada pandangan saya, Ferdinan memiliki keyakinan cukup tinggi, berani dan hebat daripada segi tenaga anak muda. Pandangan saya dulu, pemain ini boleh berjaya pada masa hadapan.

“Dan saya juga ada kesempatan suatu ketika untuk menyatakan kepada Ferdinan yang dirinya memiliki peluang untuk tampil hebat seperti bintang Korea Selatan, Son Heung-min,” ujar Shin menerusi saluran Youtube Channel Lee Kyung-kyu serta dikongsikan oleh Bola.com.

Pada masa sama, Shin mengakui perkembangan semasa Ferdinan sebenarnya sedikit terganggu setelah beliau menyertai salah satu kelab di Belgium iaitu KMSK Deinze.

Disebabkan persaingan yang sengit, Ferdinan melalui fasa sedikit sukar untuk mengembangkan lagi potensinya yang melonjak naik sebelum ini ketika bersama Persebaya Surabaya.

“Ketika prestasi beliau sedang meningkat, secara tiba-tiba momentum itu terjejas apabila beliau sah menyertai kelab divisyen kedua di Belgium iaitu KMSK Deinze.

“Dengan aksi terbaharu yang ditampilkan beliau sangat positif, saya rasa Ferdinan masih memiliki peluang untuk mengembangkan lagi potensi beliau serta menjadi antara tonggak terbaik pada masa hadapan,” ulas Shin akhir sekali.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN