Kualiti ‘Permata’ Baharu JDT Raih Perhatian Peminat

Johor Darul Ta’zim (JDT) nampaknya terus aktif memperkenalkan pemain baharu mereka, dengan kali ini nama Alif Mutalib pula kian menjadi sebutan dalam kalangan peminat di media sosial.

Alif yang telah pun mencipta dua penampilan bersama JDT dalam aksi Piala Malaysia musim 2024/2025 tampil dengan sensasi tersendiri apabila beliau mengisi kekosongan posisi ditinggalkan oleh bintang negara, Arif Aiman Hanapi.

Terdahulu, pemain utama Harimau Malaya tersebut terpaksa melupakan hasrat untuk beraksi dalam pusingan awal Piala Malaysia musim ini setelah dirinya menjalani hukuman penggantungan daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Kekosongan ditinggalkan itu menyaksikan Hector Bidoglio perlu mencipta taktikal baharu dengan beliau memberi peluang kepada Alif untuk mengisi posisi sayap kanan sepanjang dua aksi berhadapan KL Rovers.

Hasilnya tidak begitu mengecewakan, apabila Alif membalas kepercayaan itu bersama aksi permainan cukup menyakinkan sepanjang dua perlawanan tersebut.

Malah aksi terbaharu pada saingan timbal balik 16 terbaik Piala Malaysia juga menyaksikan pemain kelahiran Alor Star, Kedah itu meraih pujian penuh daripada para peminat di media sosial.

Lincah, pantas, serta memiliki kemampuan melakukan hantaran silang tepat ke dalam petak penalti menjadikan Alif kini turut dikatakan sebagai pengganti Arif Aiman jika dirinya mampu mengekalkan konsistensi.

Kebanyakan peminat di media sosial juga berharap supaya Alif tidak terus selesa dan terus diasah oleh barisan kejurulatihan Harimau Selatan untuk menjadi pelapis baharu kelab tersebut.

Selain Alif, tonggak senior seperti Nazmi Faiz Mansor antara kembali mendapat perhatian serta pujian ramai ekoran ketenangan beliau mengawal posisi tengah pada aksi menentang KL Rovers.

Menjadi antara pemain senior pasukan tersebut, sentuhan Nazmi bersama kelab itu masih lagi berbisa daripada segi kawalan tempo permainan serta kualiti hantarannya kepada rakan sepasukan.

Pada aksi tersebut juga menyaksikan Hector membawa turun tiga pemain muda baharu mereka iaitu Danish Hakimi, Fakhrul Haikal, serta peledak berbisa JDT II, Gabriel Nistelrooy.

Malah, pengendali itu juga sekali lagi memberi peluang kepada Christian Abad di posisi penjaga gol serta Daryl Sham sebagai bentuk pendedahan terbaik.

Dijangka, lebih ramai pemain muda JDT bakal dipertaruhkan pada masa hadapan jika dilihat pada prestasi semasa pembangunan pasukan itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN