Bekas penjaga gol Manchester United, Mark Bosnich menganggap tindakan Manchester United melepaskan Lukaku tanpa mendapatkan pengganti yang sudah stabil adalah satu kesilapan.
Manchester United terlalu lambat menyelesaikan isu masa depan Lukaku. Itu salah satu sebab kenapa mereka sukar mencari pengganti.
Bosnich merasakan, adalah lebih baik mereka cuba memujuk Lukaku untuk terus kekal sehingga ada pengganti ditemui.
Man United menjual Lukaku ke Inter Milan. Dan kemudian melepaskan Alexis Sanchez secara pinjaman dengan sebahagian besar gajinya dibayar oleh kelab.
Kini Manchester United kekurangan pemain berwibawa di serangan terutama sekali ketiadaan no.9. United bergantung kepada Daniel James, pemain sayap yang dibeli dari Swansea untuk menjadi penjaring utama mereka setakat ini.
“Secara bergurau, kita boleh katakan bahagian rekrut pemain di Man United agak teruk dalam 3 atau 4 tahun kebelakangan ini.”
"It was a mistake to let Romelu Lukaku go…"
— GOAL (@goal) October 9, 2019
“Mengambil kira situasi semasa, ianya satu kesilapan melepaskan Lukaku tanpa mendapatkan penyerang yang sudah stabil [ready-made] masuk. Terutama sekali dalam situasi kelab sekarang.”
“Mereka gagal mendapatkan pengganti sempurna untuk Lukaku. Dan sekarang, Martial, Rashford, semua mereka ini harus mendapatkan kembali semangat mereka. Mendapatkan semula jiwa [United] dan bangkit berjuang.”
Bosnich kemudian meminta semua pemain untuk lebih bertanggungjawab. Dan bukannya sekadar memenuhi rutin seorang pemain.
“Tiada gunanya, jika kamu hanya datang ke latihan, melakukan tugasan, hadiri perlawanan, bersembunyi, berharap kamu tidak akan dikritik dan kemudian mengambil gaji. Ianya tidak boleh begitu, untuk kelab seperti Man United.”