Dani Ceballos Bikin Panas, Sindir Polisi Real Madrid Dan Puji Arsenal

Dani Ceballos tampil dengan kenyataan panas sebaik sahaja berada dalam kem Sepanyol. Pemain muda Real Madrid itu tidak teragak-agak menyatakan keputusan menyertai Arsenal secara pinjaman adalah tepat.

Beliau menegaskan lagi, dengan krisis kecederaan dihadapi oleh Real Madrid ketika ini, Ceballos menganggap itu bukan masalah beliau. Kerana fokusnya ketika ini untuk Arsenal.

Ceballos menyindir polisi pengurusan pemain oleh Zinedine Zidane yang dikatakan, tidak mahu memberikan pemain seperti beliau lebih peluang untuk beraksi.

Ini kerana Zidane sangat obses dengan Toni Kroos dan juga Luka Modric di bahagian tengah.

“Pilihan saya kali ini tiada siapa boleh menyangkal. Saya gembira berada di tempat, di mana orang percayakan saya [iaitu Arsenal].”

Ceballos ditanya tentang pandangan beliau sekiranya dipanggil pulang mengejut, kerana ketika ini Real Madrid berhadapan dengan krisis kecederaan.

“Real Madrid adalah kelab yang sangat bagus. Saya tahu mereka mengalami beberapa krisis kecederaan. Namun sekarang ini saya bermain untuk Arsenal.”

“Saya sudah menyatakan dengan jelas bahawa saya mahu pergi tempoh hari. Dan saya merasakan saya akan lebih berjaya apabila meninggalkan Real Madrid.”

“Saya sekarang di tempat yang saya sentiasa impikan dan saya sangat gembira.”

“Saya tidak berasa sedih kerana tidak berada di Madrid. Kerana di sana saya tidak bermain dan tidak dapat menikmati bola sepak. Pergi ke Arsenal merupakan langkah sangat penting dalam karier saya.”

“Tujuan saya adalah mahu bermain lebih bola sepak, dan menikmatinya. Dalam 2 tahun kebelakangan ini, saya tidak begitu merasainya.”

“Saya lebih baik berada di luar. Perkara itu terbukti apabila saya berjaya mendapat tempat dalam pasukan kebangsaan Sepanyol.”

Ceballos berharap La Roja akan memperbaiki lagi beberapa aspek permainan mereka. Dan beliau menyatakan beliau sangat suka bergandingan dengan pemain seperti Sergio Busquets.

Ceballos masih membuka pintu kepada jurulatih yang mahu memanggilnya untuk aksi Sukan Olimpik walaupun beliau kini turut mengintai tempat bermain di Euro.

Ceballos turut menyatakan kekaguman beliau kepada Sergio Ramos yang telah memenangi segalanya bersama Real Madrid dan Sepanyol.

Dan menganggap, semangat juang Ramos untuk memenangi sesuatu – membezakan pemain itu dengan yang lain.

https://twitter.com/RMadridHome_/status/1181542790142017537

Kenyataan Dani Ceballos ini pastinya panas di telinga Zinedine Zidane. Tambahan pula, pemain itu dipinjamkan tanpa ada klausa belian tetap.

Sejak menyertai Arsenal, Dani Ceballos telah menjadi pemain penting dalam beberapa perlawanan untuk The Gunners. Beliau selesa dengan peranan yang diberikan oleh Unai Emery kepadanya.

Adakah dengan kenyataan panas ini, Ceballos menghantar isyarat beliau mahu Real Madrid mempertimbangkan untuk melepaskan beliau secara tetap?

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN