Terkini: TMJ Beri Bayangan Kemungkinan Mario Gomez Tidak Kemudi Harimau Malaya

Perkembangan terbaru daripada Wisma FAM mengatakan bahawa Mario Gomez belum mencapai persetujuan untuk dilantik sebagai Ketua Jurulatih Harimau Malaya yang baharu.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Presiden FAM dalam satu siaran yang dikeluarkan oleh Four Four Two menjelaskan ada beberapa isu yang mungkin menjadi halangan.

Baginda mendedahkan bahawa Gomez menuntut jumlah bayaran sama seperti yang diperolehi oleh beliau ketika mengendalikan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Sidang media oleh barisan kepimpinan FAM yang baru.

“Dia mahukan bayaran yang lebih tinggi. Ia mungkin permintaan yang mustahil untuk kita tunaikan. Di FAM, kita mecari kaedah untuk menjimatkan perbelanjaan.”

“JDT adalah sebuah kelab. FAM adalah entiti yang berlainan. Kedudukan kewangan mereka adalah berlainan”. Titah Baginda dalam satu majlis bersama penulis-penulis sukan dan bola sepak di Johor.

“Akan ada kemungkinan Mario Gomez tidak akan menjadi ketua jurulatih Malaysia. Terpulang kepada Tan jika Gomez menolak tawaran FAM. Akan sentiasa ada tempat untuk beliau bersama skuad kebangsaan.” titah Baginda lagi.

Mario Gomez ketika baru diumumkan sebagai Ketua Jurulatih JDT.

Walaupun belum ada sebarang pengesahan akan status perlantikan Gomez, perbincangan masih dijalankan di antara kem Gomez dan juga Harimau Malaya.

Gomez sebelum ini telah memilih Tan Cheng Hoe untuk dijadikan pembantu beliau dalam mengendalikan skuad kebangsaan.

Perlantikan jurulatih tempatan adalah antara syarat yang diberikan oleh Tunku Ismail kepada Mario Gomez untuk dilantik sebagai pengendali skuad kebangsaan.

Tan Cheng Hoe

Pada sidang media selesai Kongres ke-53 FAM pada 25hb Mac yang lalu, Tunku Ismail mengumumkan perlantikan Mario Gomez sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya yang baharu.

Perlantikan tersebut sekaligus mengubah struktur kejurulatihan pasukan-pasukan di bawah naungan FAM.

Datuk Ong Kim Swee yang memegang jawatan tersebut sebelum ini akan mengendalikan skuad Malaysia Bawah-22 menggantikan Frank Bernhardt.

Baca juga: Penyokong Bola Sepak Malaysia Perlu Buat Keputusan: Kebanggaan Negeri atau Negara?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN