Pemain Ini Tuduh 4 Rakan Sepasukannya Makan Rasuah Ketika Dibelasah 0-12 Oleh Barcelona B

Penyerang Eldense, Cheik Saad (gambar) telah terbuka menuduh 4 rakannya makan suap ketika mereka dibelasah Barcelona B, 12-0.

Kelab Sepanyol, Eldense kini menjadi subjek panas di Sepanyol selepas kekalahan kontroversi ini.

Kekalahan ini menyaksikan Eldense sah tersingkir daripada Segunda Division B. Lebih panas apabila perlawanan ini dikatakan telah dimanipulasi ataupun diatur.

Beberapa ahli Lembaga Pengarah Eldense telah membuat aduan dan minta agar perlawanan ini disiasat. Eldense hanya mengutip 14 mata setakat ini.

Menurut Marca, Eldense kini sedang terikat dengan satu kumpulan pelabur dari Itali sejak awal musim ini.

Ianya juga dikatakan ada kaitan dengan beberapa keputusan perlawanan mereka termasuk kekalahan 12 gol di tangan Barcelona B.

Laporan Marca ini disokong lagi dengan kenyataan Cheikh Saad. Saad mendakwa dia tahu ada 4 rakan beliau mengambil rasuah. Beliau berkata:

“Pengaturan perlawanan ini memang berkait rapat dengan pemain-pemain di dalam kelab ini dan tidak ada kaitan dengan Barcelona B.”

“Saya diberitahu ada rakan saya menerima duit itu. Namun saya mulanya tidak percaya sehinggalah saya melihat mereka menerima duit itu ketika saya duduk di kerusi pemain simpanan.”

“Mereka (perasuah) tidak datang kepada saya kerana mereka tahu pendirian saya.”

“Peliknya, nama saya tiba-tiba dikeluarkan dari senarai hanya setengah jam sebelum sepak mula.”

Untuk pengetahuan semua pembaca, Cheik Saad adalah penyerang utama Eldense dan antara pemain terbaik mereka.

“Selepas tamat perlawanan, saya pun naik bas dan ada seorang rakan saya memberitahu ada beberapa pemain kami yang menjual keputusan perlawanan ini dan mereka sedang berbalah di bilik persalinan.”

“Saya turun ke bilik persalinan dan melihat ada pergelutan sehingga hampir bertumbuk kerana ada rakan saya yang tiak berpuas hati dengan pengkhianat-pengkhianat ini.”

“Saya terdengar ada seorang ‘kepala’ yang memberitahu pemain-pemain ini tentang apa yang perlu dilakukan.”

“Keputusan ini dijual oleh pemain-pemain kami dan tiada kaitan dengan Barca B. Mereka yang menentukan berapa bolos yang mereka mahukan.”

Keterbukaan Cheik Saad ini telah membuatkan beliau mendapat pelbagai kecaman, ugutan dan ancaman. Ada yang menuduh Cheik terlalu cepat untuk membuat kesimpulan dan menulis dalam akaun sosial beliau.

Namun Cheik mempertahankan tindakan beliau kerana beliau melihat sendiri perkara itu.

“Saya tidak kisah. Jika perlu saya menyebut nama pengkhianat itu, saya akan lakukannya.”

“Saya tidak akan bersekongkol dengan orang-orang yang pernah mentertawakan saya hanya kerana saya bermain bersungguh-sungguh nak menang di dalam padang.”

“Ada 4 nama yang saya tahu mereka terlibat, namun buat masa ini saya simpan dahulu.”

Buat masa ini, Eldense telah menghentikan segala aktiviti sukan mereka dan memberikan laluan agar kes ini disiasat.

Jika perlu, mereka akan menarik diri daripada baki saingan musim ini. Presiden kelab, David Aguilar berkatan isu ini memang sudah disyaki oleh mereka.

Bukan sahaja dalam perlawanan Sabtu lalu malah dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

“Kami akan siasat hal ini dan yakin banyak perkara yang akan dapat dibongkar.”

“Buat masa ini, saya tidak boleh menuduh tanpa bukti kukuh.”

“Memang sebelum ini berlaku di mana, tiba-tiba pemain tidak mahu bermain. Ada pemain yang bagus tidak diturunkan walaupun cergas.”

Ini adalah rangkuman perlawanan yang menyaksikan Barcelona B dengan mudah menjaringkan 12 gol.

Baca juga: VIDEO: Jamie Carragher Belajar Cara Menjadi Penjaga Garisan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN