Marcote Ramal Kedah Juara Piala Malaysia 2017

Bekas Jurulatih Kedah, Ramon Marcote melahirkan keyakinan tinggi betapa skuad bimbingan Nidzam Adzha Yusoff itu mampu memalit kedukaan ke atas Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila dua pasukan itu membuat perhitungan pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Bekas penyelia metodologi Atletico Madrid itu menyifatkan Kedah mempunyai semangat juang dan keghairahan yang begitu tinggi dalam bola sepak.

Malah, kejayaan Kedah mencipta ‘hatrik’ final Piala Malaysia dengan layak buat kali ketiga berturut-turut musim ini membuktikan reputasi skuad Helang Merah itu sebagai salah satu pasukan terbaik di negara ini.

“Saya sentiasa mengikuti perkembangan pasukan ini dan saya bangga melihat mereka sekali lagi mara ke pentas akhir kali ini. Hanya ada satu penjelasan untuk pencapaian ini iaitu Kedah adalah antara pasukan terbaik dan dibarisi pemain yang hebat.

“Tidak dinafikan JDT juga adalah pasukan yang hebat namun dalam sukan bola sepak, anda juga memerlukan semangat dan kepercayaan tinggi, jadi saya tahu elemen itu sememangnya ada pada pasukan Kedah sejak saya membimbing pasukan itu sebelum ini.

Kredit foto: Sports247.my

“Apapun, saya tahu pentas final Piala Malaysia bukanlah asing buat Kedah dan dengan pengalaman beraksi dalam beberapa perlawanan akhir sebelum ini, saya mengharapkan mereka dapat mengawal segala tekanan bagi memastikan mereka mampu muncul sebagai juara,” katanya kepada berita harian.

Marcote juga mengakui tiada pasukan yang boleh diletakkan selaku pasukan pilihan memandangkan apa saja boleh berlaku di pentas akhir.

“Lawan Kedah kali ini adalah lebih sukar tetapi jika anda mahu menjadi pasukan terbaik, anda perlu berhadapan dengan pasukan yang terbaik dan ketika ini, JDT adalah pasukan terbaik di negara ini.

“Jadi, saya melihat perlawanan akhir ini akan menjadi medan terbaik buat Kedah memberikan semuanya dan tidak perlu menoleh ke belakang lagi.

“Secara jujurnya, Kedah memperagakan bola sepak yang terbaik sejak tahun 2015 dan sudah pasti mereka mampu untuk mempertahankan Piala Malaysia,” katanya.

sumber: 

https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2017/10/343699/kedah-mampu-juara-marcote

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN