Marco Verratti Mahu Tinggalkan PSG, Juventus & Barcelona Dikatakan Berminat

Marco Veratti dikatakan mahu meninggalkan pasukan Paris Saint-Germain dan ingin menyertai pasukan yang baharu pada musim hadapan.

Menurut laman Football Italia, Verratti dikatakan sudah bersedia untuk keluar dari kelab Perancis itu dan beraksi bersama-sama pasukan yang lebih bercita-cita tinggi dari PSG.

Kemahuan untuk Verratti untuk keluar dari PSG semakin menebal selepas ejennya telah memberikan amaran kepada kelab itu yang menjuarai kejuaraan domestik tidak mencukupi untuk mengekalkan pemain itu di kelab tersebut.

Menurut ejennya, Verratti dikatakan mahu bermain dengan kelab yang mempunyai cita-cita dan mahu beraksi dengan cemerlang serta menjadi pencabar tetap kejuaraan UEFA Champions League.

Jika benar pemain Itali ini mahu meninggalkan PSG, 2 kelab utama Eropah iaitu Juventus dan juga Barcelona dikatakan berminat mahukan beliau.

Juventus merupakan kelab yang Verratti sendiri mengaku merupakan kelab yang menjadi sokongan beliau untuk sekian lamanya.

Sementara Barcelona pula merupakan destinasi yang pasti direstui Andres Iniesta yang mengangap beliau sebagai calon terbaik pengganti beliau di Catalan.

Andai benar Juventus dan Barcelona mahukan beliau, mereka perlu sekurangnya-kurangnya menyediakan €80 juta untuk mendapatkan pemain tengah Itali itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN