Akhbar Perancis Dedahkan Liverpool Dalam Usaha Dapatkan Kylian Mbappe

Kylian Mbappe menjadi sasaran banyak kelab utama dunia untuk mendapatkan khidmat penyerang muda itu dengan Arsenal, Manchester United dan juga Real Madrid mahukan khidmat beliau.

Baru-baru ini, akhbar Perancis iaitu L’Equipe mendedahkan yang Liverpool juga turut menyertai pertarungan untuk mendapatkan pemain tersebut.

Mbappe (GETTY)

Jika diikutkan, ia bukanlah cerita baharu kerana mereka mendedahkan yang pengurus Liverpool iaitu Jurgan Klopp sebenarnya telah bertemu dengan wakil Mbappe pada bulan lalu untuk menyelesaikan pembelian.

Andai pembelian ini berjaya, Klopp dikatakan akan mengotakan janji kepada Mbappe untuk memberikan tempat di dalam di kesebelasan utama dengan tugas sebagai penyerang.

Ia juga akan menjadikan spekulasi yang mengatakan Daniel Sturridge akan meninggalkan kelab tersebut menjadi kenyataan.

Klopp mendedahkan yang pasukannya memerlukan penyerang dan pemain sayap baharu untuk memberikan lebih banyak lagi pilihan dalam pasukan.

Hal ini kerana, Liverpool jelas kekurangan pilihan ketika Sadio Mane tiada bersama skuad ketika Piala Negara-Negara Afrika dan ketika Philippe Coutinho mengalami kecederaan.

“Kecederaan Coutinho ketika November, ketiadaan Mane ketika Januari, Ings tiada untuk masa yang lama dan Sturridge tidak cergas sepenuhnya.”

“Patutkah saya mencari penyerang dan pemain sayap baharu? Ya.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN