Serge Gnabry Sertai Bayern Munich, Ikat Kontrak Selama 3 Tahun

Bayern Munich telah pun berhasil mendapatkan bekas pemain Werder Bremen yang juga pernah berkhidmat dengan Arsenal iaitu Serge Gnabry.

Pemain tersebut yang baru sahaja dilepaskan oleh Werder Bremen merupakan antara pemain yang mempunyai potensi yang cukup besar dan mampu menjadi pemain yang berjaya satu hari nanti.

Kehadiran Gnabry ke Bayern Munich menjadikan beliau sebagai salah seorang pemain yang akan menjadi sebahagian projek masa hadapan kelab tersebut.

Untuk rekod, Gnabry baharu sahaja berusia 21 tahun.

Beliau hadir ke Bayern Munich dengan mengikat kontrak selama 3 tahun.

Rekod Gnabry cukup baik terutamanya ketika bersama skuad remaja Jerman di Sukan Olimpik Rio 2016 tempoh hari.

Hal ini kerana, beliau telah menjadi penjaring terbanyak bagi acara tersebut dengan menjaringkan 6 gol.

Beliau juga menjaringkan gol 11 gol untuk Werder Bremen pada musim 2016/2017 ini.

Bagi Gnabry, beliau sangat berbangga apabila menjadi sebahagian daripada kelab yang cukup hebat di Jerman ini.

“Ia adalah satu penghormatan untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Bayern Munich. Ia akan menjadi satu pengalaman hebat dan saya tak sabar untuk menempuhnya.”

Di pihak Bayern Munich, mereka juga teruja apabila berjaya mendapatkan pemain muda yang cukup baik seperti Gnabry.

“Kami teruja apabila mendapatkan pemain muda yang juga merupakan pemain kebangsaan Jerman bersama kita.”

“Gnabry telah semakin maju selepas bermain di Werder Bremen.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN