Marco Reus: Kehadiran Semula Mats Hummel Pertingkat Kualiti Diperlukan Dortmund

Hummels

Kehadiran semula pertahanan kental, Mats Hummel ke Borussia Dortmund disifatkan oleh rakan sepasukannya, Marco Reus dapat mempertingkatkan kualiti yang menghalang kelab tersebut untuk menawan saingan Bundesliga musim lalu.

Hummels yang pernah mengecapi kegemilangan bersama Dortmund selama lapan musim, meninggalkan kelab tersebut pada musim 2016/17 untuk beraksi dengan seteru utama, Bayern Munich.

Reus yang bergandingan bersama Hummels selama lapan tahun bersama skuad kebangsaan Jerman dan empat tahun di Borussia Dortmund melihat perkembangan ini akan memberikan kelainan buat skuad bimbingan Lucien Favre itu pada musim baharu nanti.

”Dia (Mats Hummels) membawakan kualiti buat kami. Itu yang paling penting. Kami kehilangannya (kualiti) pada tahun lalu.”

”Sudah pasti, kami mengalami peningkatan positif pada musim lalu. Tiada siapa yang menjangka.”

”Tetapi sekiranya kami mahu untuk memenangi Bundesliga dan mara lebih jauh dalam saingan Eropah, kami memerlukan pemain yang bagus.”

”Kami menjumpainya (kualiti) dalam Mat (Hummels) dan pemain lain yang kami berjaya dapatkan.”

Selain dari Hummels, Borussia Dortmund merekrut beberapa pemain baharu bagi memantapkan pasukan seperti Thorgan Hazard, Nico Schulz, Julian Brandt dan Paco Alcacer yang sudah ditandatangani secara terus selepas beraksi sebagai pemain pinjaman pada musim lalu.

Kali terakhir Borussia Dortmund menjuarai saingan Bundesliga adalah pada musim 2011/12 dan kemudiannya Bayern Munich mendominasi sehingga musim 2018/19 untuk mengecap nikmat selaku juara tujuh musim berturut-turut.

Kredit foto: Borussia Dortmund

Leave a Reply