Marco Asensio Ingatkan Yang Real Madrid Lebih Baik Daripada PSG, Puji Kualiti Barca

Bintang muda Real Madrid, Marco Asensio sedang berada dalam kemuncak prestasi beliau buat ketika ini. Beliau menjaringkan gol dalam 2 el clasico berturut-turut. Beliau juga menjadi pemain penting dalam kempen Euro B-23 Sepanyol yang lalu.

Namun begitu, pemain ini dikaitkan dengan perpindahan ke PSG. Dan beliau ditanya oleh wartawan komen beliau tentang berita tersebut.

Menurut Asensio, jika PSG datang kepada beliau untuk menawarkan duit yang lebih banyak, pemain ini akan menolak kerana beliau buat masa ini berada di kelab yang lebih baik daripada PSG.

Marco Asensio

Beliau berkata:

“Jika PSG datang? Maaf, tidak mengapa, terima kasih. Saya berada di kelab lebih baik, dan saya mahu kekal di sini.”

Asensio sangat gembira dengan layanan Real Madrid dan kepercayan Zinedine Zidane ke atas beliau.

“Ianya hebat apabila Real Madrid memberikan kepercayaan kepada saya. Dan saya mahu membalasnya kembali.”

Asensio dijangka akan berada dalam kesebelasan utama menentang Deportivo di tempat lawan pada 21 Ogos ini.

Real Madrid kehilangan khidmat Cristiano Ronaldo untuk 4 lagi perlawanan. Namun begitu, melihatkan prestasi semasa Real Madrid, mereka tidak begitu resah dengan kehilangan pemain tersebut.

Ditanya tentang seteru mereka Barcelona yang sedang bergelut, Asensio menjawab:

“Orang yang tidak tahu pasal bola sepak sahaja meragui kehebatan Barcelona. Mereka pasukan yang sama seperti yang kami lawan dalam pertarungan kejuaraan liga beberapa bulan lalu. Saya ingat lagi ketika itu Neymar digantung.”

“Barcelona tetap pasukan yang hebat!”

Sumber

Calciomercato – http://www.calciomercato.com/en/news/real-madrid-asensio-says-no-thanks-to-paris-saint-germain-93944

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN