Video: Penalti Pertama Dihadiahkan Menerusi VAR Dalam Bundesliga

Bundesliga telah memutuskan untuk menggunakan VAR. Ini mengikut jejak langkah MLS di Amerika Syarikat.

Dalam perlawanan antara Bayern Munich vs Bayer Leverkusen, bintang Poland, Robert Lewandowski telah mendakwa dirinya ditarik oleh Aranguiz.

Namun begitu pengadil tidak pasti akan dakwaan Lewandwoski itu. Pengadil memberikan isyarat mahu bantuan VAR.

Yang menarikya, konti VAR untuk semua perlawanan Bundesliga berpangkalan di Cologne, Ianya kira – kira 350 batu dari Allianz Arena. Satu jarak yang agak jauh.

Selepas diteliti, VAR memutuskan ia adalah penalti dan Aranguiz dilayangkan kad kuning. Lewandowski menjaringkan gol ketiga menerusi penyempurnaan penalti tersebut.

Bayern Munich menang 3-1 dalam perlawanan pembukaan Bundesliga menentang Bayer Leverkusen dalam misi mereka mempertahankan kejuaraan. 2 gol awal Bayern dijaringkan 2 pemain baru mereka iaitu Sule dan Corentin Tolisso.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN