Pengumuman Bartomeu, Messi Sudah Tandatangani Kontrak €500,000 Seminggu Adalah Penipuan!

Nampaknya imej Josep Maria Bartomeu semakin calar. Terbaru El Confidencial mendedahkan ada percanggahan pendapat tentang kontrak Lionel Messi.

Pada 5 Julai lalu, Barcelona menerusi Josep Maria Bartomeu telah mengumumkan Lionel Messi setuju menandatangani kontrak lanjutan sehingga 2022.

Bartomeu turut mengumumkan yang kontrak tersebut membolehkan Messi mendapat gaji €500,000 seminggu.

Kenyataan tersebut juga menyebut yang Messi menandatangani kontrak pada Jun lagi. Bartomeu ketika itu berkata ketika pra musim di Miami:

“Messi sudah menandatangani kontrak baru. Namun buat masa ini kami tidak dapat mempersembahkannya di sini (Miami). Kami akan mepersembahkannya apabila kami kembali ke Barcelona.”

Sebaliknya, semalam timbalan Presiden memberitahu ESPN bahawa Lionel Messi ‘akan’ menandatangani kontrak lanjutan pada masa yang terdekat.

Jordi Mestre menafikan yang beliau pernah mengumumkan bahawa kontrak Messi sudah ditandatangani seperti yang diumumkan oleh Bartomeu. Mestre berkata:

“Saya tidak pernah menyebut akan hal itu.”

“Namun saya yakin Messi 200% akan kekal di sini. Perbincangan dengan pihak Messi sangat positif. Terma-terma sudah dibincangkan dan dipersetujui. Saya sangat terkejut jika ia gagal.”

Mestre memberitahu yang klausa perlepasan Lionel Messi adalah €300 juta.

Kenyataan bercanggah ini sekaligus membuatkan reputasi Bartomeu terus merudum di kalangan penyokong Barcelona. Sebelum ini beliau memberikan jaminan bahawa Neymar 200% akan kekal di Camp Nou.

Namun sebaliknya yang berlaku apabila beliau gagal meyakinkan Neymar untuk kekal. Polisi perpindahan pemain Barcelona kali ini dikritik hebat.

Musim lalu, Daniel Alves sudah memberikan gambaran yang pengurusan baru di bawah pimpinan Bartomeu membuatkan ramai pemain kecewa. Alves mendakwa Barcelona tidak melayan pemain yang sudah banyak berjasa seperti beliau lebih baik.

Alves dilepaskan secara percuma ke Juventus, dan agak ironi apabila Alves bermain musim bola sepak yang hebat musim lalu.

Bartomeu masih bergelut untuk mendapatkan pengganti Neymar dan juga Iniesta yang semakin menghampiri persaraan. 2 sasaran utama mereka adalah Ousmane Dembele dan Phillipe Coutinho.

Bidaan mereka untuk pemain tersebut telah ditolak. Kelmarin, Pep Segura, Pengarah Umum Barcelona yang Dembele dan Coutinho semakin hampir menyertai Barcelona.

Jurgen Klopp menyatakan yang beliau tidak tahu dari mana asas kenyataan Segura kerana beliau tidak dimaklumkan tentang bidaan tersebut.

Selepas Klopp membuatk kenyataan media, Barcelona menghantar bidaan ketiga bernilai £118 juta ditolak oleh Liverpool.

CEO Dortmund, Watzke pula hairan dengan kenyataan Segura dan memberitahu:

“Dia berkata begitu selepas Real Madrid membuatkan mereka pening.”

Ini selepas Barcelona tewas dalam 2 el clasico. Watzke menganggap Segura cuba mengalihkan perhatian penyokong.

Sumber

1. ESPN – http://www.espnfc.com/story/3182498/lionel-messi-will-sign-his-new-barcelona-contract-soon-jordi-mestre

2. El Confidencial – https://blogs.elconfidencial.com/deportes/tribuna/2017-08-18/barcelona-bartomeu-mentiroso-messi-renovacion_1430169/?utm_source=twitter&utm_medium=social&utm_campaign=ECDiarioManual

3. Goal – http://www.goal.com/en-us/news/real-must-have-made-barca-dizzy-bvb-chief-ridicules-dembele/8gez5499fxds1qw501e8qa34d

4. Melissa Reddy – https://www.facebook.com/MelissaReddyGoal/posts/1298520526943120

5. Independent – http://www.independent.co.uk/sport/football/transfers/lionel-messi-new-barcelona-contract-2021-clause-transfer-live-news-a7824371.html

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN