Marcello Lippi Letak Jawatan Jika Gagal Bawa China Ke Piala Dunia 2022

Ketua jurulatih skuad kebangsaan China, Marcello Lippi memberi bayangan beliau akan melepaskan jawatannya jika gagal membawa pasukan negara itu layak ke Piala Dunia 2022 di Qatar.

China bakal menentang Filipina dalam satu perlawanan persahabatan antarabangsa malam ini sebagai persiapan menghadapi pusingan kedua kelayakan Piala Dunai 2022 yang akan bermula pada bulan September ini.

Pengendali dari Itali itu kini sedang membuat persiapan rapi untuk membentuk barisan yang mantap supaya China mampu layak ke Piala Dunia buat kali kedua dalam sejarah bola sepak mereka.

“Adakah kami mampu layak ke Piala Dunia? Saya tidak tahu, kami akan mencuba dan berusaha sebaik mungkin. Jika kami mampu berbuat demikian, ia sesuatu yang hebat, jika tidak, saya akan meninggalkan China.

“Inilah tugas dan kehidupan saya, memanfaatkan segala minat dan kesungguhan serta pengalaman yang ada untuk cuma melakukan satu perkara, tetapi keputusan akhir mungkin berjaya ataupun menemui kegagalan,” katanya seperti dipetik dalam Straits Times.

Pada Januari lalu, Lippi telah menolak untuk menyambung kontraknya bersama Persatuan Bola Sepak China (CFA) selepas skuad bimbingannya tumpas kepada Iran 0-3 pada suku akhir Piala Asia.

Malah, pengganti beliau yang merupakan bekas kapten skuad Piala Dunia Itali, Fabio Cannavaro turut mengumumkan perletakan jawatannya sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan China selepas gagal meraih kemenangan pertama ketika menentang Thailand dan Uzbekistan dalam Piala China bulan lalu. Mereka tewas 0-1 kepada kedua-dua pasukan tersebut.

FOTO: South China Morning Post

Cannavaro menjelaskan beliau mahu fokus kepada tugasnya sebagai pengendali pasukan gergasi Liga Super China (CSL), Guangzhou Evergrande Taobao.

Tindakan Cannavaro itu menyebabkan Persatuan Bolasepak China kesuntukan masa untuk mencari jurulatih lain dan terpaksa memanggil semula Marcello Lippi untuk memangku tugas sebagai pengendali China buat sementara waktu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN