Roberto Mancini dikatakan meminta £6 juta setahun sekiranya Leicester mahukan khidmat beliau.
Permintaan itu antara yang tertinggi di kalangan pengurus EPL buat masa ini.
Sebelum itu, bekas jurulatih Inter, Frank De Boer menyatakan dia tidak berminat dengan jawatan di Kingpower Stadium itu.
Leicester turut dikaitkan dengan Guus Hiddink Roy Hogdson di dalam senarai mereka.
Roberto Mancini adalah pengurus yang pernah membantu Manchester City menjuarai EPL pada 2012.
Beliau juga bekas pemain Leicester.Mancini menyertai Leicester secara pinjaman pada 2001 ketika dan muncul dalam 5 perlawanan untuk The Foxes.
Timbul juga laporan menyatakan ramai pemain lebih mahukan Nigel Pearson untuk menguruskan kelab tersebut.
Pearson sebelum ini dipecat mengejut oleh pemilik kelab walaupun berjaya membawa kelab tersebut mengelakkan penyingkiran.
Nigel Pearson terkenal dengan sikap ala ‘gangster’. Dia pernah memanggil wartawan dengan gelaran burung unta.
Sebelum ini juga, anak Pearson, James Pearson antara 3 pemain yang pernah ditamatkan kontrak serta merta oleh Leicester kerana skandal video seks.
Skandal tersebut dilakukan ketika kelab tersebut melakukan jelajah pra musim di Thailand.
Di kalangan pemain Leicester, Nigel Pearson sangat berpengaruh dan sering berkomunikasi dengan pemain-pemain senior yang ada.
Leicester City kini berada di tangga ke-18 liga setelah menjuarai EPL musim lalu.
Buat masa ini jawatan pengurus dipangku oleh bekas pembantu Pearson dan Ranieri iaitu Craig Shakespear.
Baca juga: Isco Ke Barca? Ia Mustahil Berlaku Kerana Ada Klausa Anti Barca!