Zlatan Bantu Manchester United Julang Piala EFL 2017, Southampton Kurang Bernasib Baik!

Manchester United menjulang Piala EFL 2017. Terima kasih pastinya kepada persembahan Zlatan Ibrahimovic yang sekali lagi menjadi talisman kepada United.

Southampton menggigit jari setelah beraksi lebih baik dalam perlawanan ini namun gagal untuk menjuarai perlawnaan ini.

Tumpuan pastinya terarah kepada Gabbiadini. Pemain ini meneruskan rentak kecemerlangan sejak hari pertama menyertai The Saints.

Gabbiadini menyaksikan gol pembukaan beliau dibatalkan kerana ofsaid walaupun ia sepatutnya bersih.

United di hadapan dengan 2 gol. Ibrahimovic meletakkan United di hadapan pada minit ke-18 menerusi sepakan percuma yang sangat cantik.

Jese Lingard membuktikan beliau memang sukakan Wembley dengan jaringan kedua pada minit ke-38.

Gabbiadini merapatkan jurang sebelum rehat. Bersambung babak kedua, Gabbiadini menyamakan kedudukan pada minit ke-48.

Southampton hampir di hadapan buat pertama kali, namun cubaan Romeu terkena tiang gol.

Namun Southampton menggigit jari setelah jaringan kemenangan oleh Ibrahimovic menanduk deras bola pada minit ke-83.

Mourinho cemerlang

Kemenangan ini adalah yang ke-4 dalam karier Jose Mourinho. Ia menjadikan Mourinho sebaris dengan Brian Clough dan Alex Ferguson.

Mourinho merekodkan kemenangan 100% dalam keempat-empat final Piala Liga.

Beliau sekali lagi memenangi Piala Liga dalam tahun pertama dengan pasukan beliau.

Beliau menjuarainya ketika tahun pertama untuk Chelsea pada 2004/2005 dan ketika kepulangan kedua beliau pada 2014/2015.

Mourinho menjadi pengurus United pertama yang menang trofi pada tahun pertama.

Namun beliau tetap memuji persembahan pasukan lawan yang disifatkan Mourinho sebagai pasukan lebih baik. Beliau berkata:

“Jujurnya, Ibrahimovic yang memenangi perlawanan ini untuk kami. Ada beberapa pemain kami beraksi baik juga seperti Pogba.”

“Dalam perlawanan ini, pihak lawan bermain lebih baik daripada kami majoriti dalam perlawanan ini. Mereka berhak bermain di masa tambahan.”

“Namun Ibrahimovic memberikan perbezaan dan memberikan kami piala ini.”

“Saya agak emosi sedikit. Bukan senang nak menang piala dan banyak kali dah. Tak mudah untuk berhadapan dengan tekanan yang saya hadapi.”

“Perlawanan ini sangat sukar. Saya hendak melahirkan rasa simpati saya kepada Southampton. Mereka berhak mendapat sesuatu. Paling tidak pun ke masa tambahan.”

Apa kata Zlatan

Pemain terbaik perlawanan, Zlatan Ibrahimovic jelas berpuas hati dengan kejuaraan kali ini. Beliau berkata:

“Ini adalah hasil kerjasama berpasukan. Inilah sebab kenapa saya datang ke sini dan saya berjaya menang. Semakin banyak saya menang semakin saya berpuas hati.”

“Semakin meningkat usia anda semakin tinggi anda menghargai kemenangan anda. Di mana sahaja saya berada, saya telah menang.”

“Rasanya ini piala ke-32 saya. Ini adalah perkara yang saya pernah jangkakan sebelum ini. Saya terus melakukan apa yang termampu. Saya menikmati kejuaraan di England.”

Baca juga: Isco Ke Barca? Ia Mustahil Berlaku Kerana Ada Klausa Anti Barca!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN