Manchester United Tak Nak Pun Harry Kane

harry kane

Pasukan Premier League, Manchester United dikatakan tidak mahu pun untuk mendapatkan penyerang berbisa Tottenham Hotspur iaitu Harry Kane.

Spekulasi mengenai pemain perpindahan keluar pemain itu begitu menjadi perhatian ramai pihak namun kini terdapat khabar yang Manchester United sebenarnya tidak mahukan pemain tersebut.

Namun mengikut laporan dari Sky Sports, Manchester United mempunyai pilihan lain untuk disambar pada jendela perpindahan selain Kane.

Dalam laporan tersebut, Manchester United dilihat tidak akan menggunakan wang yang banyak untuk mendapatkan pemain seperti Kane sungguhpun mereka mampu.

Hal ini kerana, mereka dilihat tidak mahu membayar harga yang mahal kerana Tottenham Hotspur pastinya akan mengenakan yuran perpindahan yang cukup tinggi buat Kane.

Sebaliknya, bintang Borussia Dortmund iaitu Jadon Sancho dilihat sebagai sasaran perdana kelab itu untuk dibawa masuk pada musim hadapan.

Sancho dilihat sebagai pemain yang cukup mahal, sama seperti Kane tetapi Manchester United dilihat lebih cenderung untuk mendapatkan pemain yang boleh bermain di bahagian sayap dan juga pertahanan kanan.

Oleh kerana harganya yang mahal, dijangka tidak akan ada perpindahan yang biasa apabila wang ditukarkan dengan pemain. Sebaliknya perpindahan dengan membayar yuran berserta seorang pemain sebagai tukaran dilihat akan berlaku.

Malah tidak menolak kemungkinan akan berlaku pertukaran terus pemain dengan pemain seperti Manchester United menukarkan Henrikh Mkhitaryan dengan Arsenal demi seorang Alexis Sanchez.

Selain Sancho, Manchester United turut dikhabarkan berminat untuk dapatkan pemain muda Birmingham City iaitu Jude Bellingham serta Jack Grealish.

Baca juga artikel kami mengenai Harry Kane:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN