Maik Taylor: Kelibat Harry Kane Seperti Alan Shearer Ketika Muda

Harry Kane

Sebelum meniti detik kegemilangan bersama Tottenhan Hotspur, Harry Kane pernah dipinjamkan ke empat buah kelab bagi memberikan peluang kepadanya untuk menyerlahkan potensi sebenar beliau sebagai peledak berbisa.

Selepas menyertai skuad utama Tottenham bermula musim 2009/10, penyerang berusia 26 tahun itu telah dipinjamkan ke Leyton Orient, Milwall, Norwich City dan Leicester City.

Ketika bersama Millwall pada musim 2011/12 dalam saingan EFL Championship, rakan sepasukannya yang juga merupakan penjaga gol berpengalaman, Maik Taylor melihat kelibat Kane mengingatkan beliau kepada penyerang legenda England, Alan Shearer.

Taylor yang ketika itu berada di penghujung turut mengatakan Kane hadir ke kelab tersebut dengan membawa reputasi besar.

”Sahabat saya yang mempunyai tiket bermusim di Tottenham telah melihat beberapa aksinya [Kane] di perlawanan Liga Europa dan dia mengatakan kepada saya, ‘budak’ ini mempunyai segalanya. Dia akan menjadi sangat besar [sumbangannya].”’

Coventry City’s Richard Keogh and Martin Cranie and Millwall’s Harry Kane (Photo by Mike Egerton – PA Images via Getty Images)

”Harry sudah mempunyai kaki kanan dan kiri yang hebat. Turut memiliki tandukan yang sangat baik pada ketika itu. Dia sebenarnya memiliki segalanya, dia seperti Alan Shearer di waktu mudanya,” ujar Taylor menurut laporan dikeluarkan Goal.

”Semangatnya luar biasa. Dia menyayangi bola sepak lebih dari segalanya dan dia akan sentiasa tersenyum setiap kali sesi latihan dan perlawanan.”

”Dia sentiasa ada ketika perjumpaan pasukan tetapi dia tidak meminum alkohol dan akan pulang awal ke rumah. Dia adalah seorang ‘family man’.” ujar Maik Taylor lagi.

Ketika menyarung jersi Millwall, Kane menjaringkan sembilan gol daripada 27 penampilannya bersama kelab tersebut.

Kredit featured image: Alex Morton/Getty Images

Baca artikel lain kami mengenai Kane:

Leave a Reply