Adakah Manchester United Pasukan Paling Bertuah Ketika Undian Peringkat Kumpulan UCL?

Manchester United merupakan antara salah satu kuasa besar bola sepak England dan saingan di UEFA Champions League merupakan satu perkara yang menjadi lazim bagi mereka.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini terutamanya ketika selepas era Sir Alex Ferguson, Manchester United mengalami kesukaran untuk mara ke saingan UCL dan terpaksa bermain di Europa League.

Namun mujur pada musim ini, mereka kembali ke saingan UCL selepas memenangi Europa League.

Mereka diletakkan di kumpulan A bersama-sama Benfica, FC Basel dan juga CSKA Moscow.

Tuah yang dimiliki Manchester United jelas sekali jika nak dibandingkan dengan pasukan-pasukan lain.

Chelsea terpaksa bertarung dengan Atletico Madrid, AS Roma dan juga Qarabag dalam kumpulan B serta kumpulan H menyaksikan Real Madrid, Borussia Dortmund, Tottenham Hotspur dan APOEL diletakkan bersama.

Jadi, adakah mereka merupakan pasukan paling bertuah setiap kali undian kumpulan UCL?

Pasukan bertuah

Seorang peminat bola sepak telah berkongsi statistik mengenai setiap lawan yang diletakkan bersama-sama Manchester United di dalam peringkat kumpulan bermula pada musim 2005/2006 di laman Reddit.

Berikut merupakan senarai pihak lawan yang bertemu Manchester United dalam setiap edisi UCL bermula dari 2005/2006:

  • 2005/2006: Celtic, Benfica, Copahagen
  • 2006/2007: AS Roma, Sporting Lisbon, Dynamo Kiev
  • 2007/2008: Villareal, Aalborg, Celtic
  • 2008/2009: CSKA Moscow, Wolfsburg, Besiktas
  • 2009/2010: Valencia, Rangers, Bursaspor
  • 2010/2011: Benfica, Basel, Otelul Galati
  • 2011/2012: Galatasaray, CFR Cluj, Braga
  • 2012/2013: Bayer Leverkusen, Shakhtar Donestk, Real Sociedad
  • 2014/2015: Wolfsburg, PSV Eindhoven, CSKA Moscow
  • 2016/2017: Benfica, FC Basel, CSKA Moscow

Hasil daripada statistik ini, Manchester United jarang diletakkan dalam kumpulan maut yang terdiri daripada pasukan dari 4 liga utama Eropah iaitu Sepanyol, Perancis, Jerman dan Itali.

Wakil dari Bundesliga dan La Liga adalah wakil yang paling kerap Manchester United bertemu dalam peringkat kumpulan dalam tempoh 10 tahun untuk wakil dari 4 liga utama Eropah.

Mereka ditemukan sebanyak 3 kali untuk Bundesliga dan jumlah yang sama untuk wakil La Liga.

Manchester United hanya bertemu wakil Itali sekali sahaja dalam peringkat kumpulan UCL dalam 10 tahun kebelakangan ini apabila diundi bersama AS Roma pada 2006/2007.

Lebih menarik, mereka tidak berjumpa wakil Ligue 1 di peringkat kumpulan!

Wakil pasukan yang kerap bertemu Manchester United adalah wakil dari Portugal.

Sejak 2006, mereka sudah bertemu dengan wakil Portugal sebanyak 5 kali di peringkat kumpulan dengan Benfica merupakan lawan yang paling kerap mereka temui dengan 3 kali diikuti Braga dan Sporting Lisbon yang masing-masing sekali.

Jadi, adakah benar teori yang Manchestert United merupakan pasukan paling bertuah ketika saingan peringkat kumpulan? Berikan pendapat anda di ruangan komen!

Sumber:

  1. Reddit (2017): Manchester United’s Champions League Group Draws, 2006-2017.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN