Ibrahimovic: “Saya Tak Tinggalkan Man United, Cuma Naik Taraf Nombor Jersi Dari 9 Ke 10”

Perpindahan kembali Zlatan Ibrahimovic ke Manchester United ternyata menjadi tumpuan dunia bola sepak sebelum cerita undian UEFA Champions League dan UEFA Player of the Year mengambil tempat.

Kembalinya penyerang veteran itu nyata memberikan impak besar kepada pasukan dan juga peminat mereka kerana pengaruh dan juga kualiti yang ada pada beliau sebagai penyerang berbisa.

Ibrahimovic bakal bergandingan dengan penyerang seperti Romelu Lukaku, Marcus Rashford dan juga Anthony Martial dalam usaha untuk memburu kejuaraan buat Manchester United.

Ketika bercakap untuk ESPN, Ibrahimovic mendedahkan cerita  beliau bersama-sama Lukaku mengenai nombor jersi mereka berdua.

“Satu hari, Lukaku menelefon saya dan bertanya saya adakah boleh tak beliau memakai jersi nombor 9 yang saya gunakan pada musim lalu?”

“Saya kemudiannya berkata yang saya tak akan susahkan beliau, beliau nak ambil nombor 9 maka ambillah saya tidak kisah.”

“Saya cuma mahukan beliau berasa diterima di kelab baharu, sebab itu saya benarkan beliau menggunakan nombor 9.”

Ibrahimovic selepas itu memberikan jawapan kenapa beliau memakai jersi nombor 10 dengan gaya tipikal Zlatan beliau.

“Jadi saya cakap pada Lukaku yang beliau ambil nombor 9 dan saya ambil nombor 10.”

“Secara teknikalnya, saya tidak tinggalkan Manchester United. Cuma saya naik taraf nombor jersi saya dari 9 kepada 10.”

Sumber:

  1. ESPN (2017): EXCLUSIVE: Zlatan gave Romelu Lukaku​ the No.9 shirt because he’s “upgrading” to No.10; https://twitter.com/ESPNUK/status/900732423209725952

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN