Manchester United Kekalkan Matic Sehingga 2021

Kontrak pemain tengah Serbia, Nemanja Matic telah dilanjutkan selama semusim untuk terus kekal di Old Trafford. Pemain itu pada mulanya dikatakan akan meninggalkan United pada musim panas akan datang.

Pemain tengah berusia 31 tahun itu memiliki kontrak sehingga 2020, namun United menggunakan hak mereka mengekalkanya sehingga 2021.

Selepas kecederaan yang menimpa Paul Pogba dan Scott McTominay untuk sebahagian besar musim, Matic tampil untuk menjadi pemain kunci kepada Ole Gunnar Solksjaer di bahagian tengah sepanjang Februari lalu.

Pada awal bulan, Solksjaer mengesahkan perbincangan dengan Matic telah dilakukan dan ianya positif.

“Kami telah bersetuju supaya beliau kekal, 100% pasti.” kata Solksjaer.

Pengurus Manchester United itu mendapat kritikan hebat selepas prestasi tidak menentu pada musim ini, namun selepas 11 perlawanan tanpa kalah, Matic yakin skiad The Red Devils telah menunjukkan peningkatan.

“Sudah tentu, setiap hari [Solksjaer] sentiasa belajar. Itu pasti. Beliau mendapat lebih banyak pengalaman dan akan menjadi lebih baik,” kata Matic.

“Beliau adalah pengurus yang lebih baik berbanding setahun yang lalu, dan pada pendapat saya ini kerana beliau sudah mengenali pemain dengan lebih baik.

“Kini beliau sudah tahu apa yang perlu dilakukan sebelum perlawanan, dan untuk jawatan seperti Solksjaer, pengalaman itu penting.”

“He is a much better manager than one year ago in my opinion because now he knows all the players, he knows exactly what he needs to do before the games, so I think for his job the experience is very important.”

Matic tiba di Old Trafford pada 2017 ketika era Jose Mourinho dan merupakan pemain utama di bawah pengendali dari Portugal itu.

Pada awal musim, prestasi Matic turut dikritik, tetapi tampil sebagai salah seorang pemain skuad utama yang tidak tewas dalam 11 perlawanan sebelum ini.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Manchester United:

Leave a Reply