EURO 2020 Sah Ditangguh Ke 2021

European Championship 2020 (EURO 2020) sah ditangguh ke tahun 2021 untuk memberi laluan kepada penghabisan saingan liga-liga domestik di Eropah. Ketika ini semua aktiviti sukan di Eropah ditangguhkan berikutan penularan wabak COVID-19.

EURO 2020 yang pada asalnya dijadualkan akan berlangsung dari 12 Jun hingga 12 Julai akan datang bakal bermula pada 11 Jun hingga 11 Julai tahun depan.

Berita penangguhan EURO 2020 ini dilaporkan paling awal oleh agensi berita Reuters selepas mendapat tahu UEFA telah membatalkan tempahan hotel mereka di Copenhagen – salah sebuah bandar hos kejohanan tersebut.

CPH Hotel memberitahu Reuters bahawa UEFA telah menempah 80 daripada 102 bilik sebagai persiapan menjelang EURO 2020. Tetapi badan penganjur EURO 2020 itu telah membatalkan tempahan hotel mereka seminggu lepas.

Manakala The Marienlyst Strandhotel yang ditempah oleh UEFA untuk menempatkan tenaga kerja kejohanan mereka dari Denmark, juga memberitahu kepada Reuters bahawa UEFA telah membatalkan tempahan hotel tersebut.

EURO 2020 dijadualkan akan dihos oleh 12 negara, di mana aksi separuh akhir dan akhir akan diadakan di London, England.

Copenhagen akan menjadi hos tiga perlawanan kumpulan, semuanya melibatkan Denmar, dan satu perlawanan kalah mati di pusingan 16 pasukan terakhir.

BBC melaporkan UEFA masih belum membuat sebarang kenyataan.

Ini kerana keputusan akhir yang dicapai mereka dalam konferens video petang tadi (malam waktu Malaysia) perlu ditandatangani oleh semua ahli jawatankuasa eksekutif yang dianggotai oleh persatuan bola sepak semua negara Eropah.

Bagaimanapun Persatuan Bola Sepak Norway telah memecahkan ‘rahsia’ ini terlebih dahulu.

Keputusan menangguhkan EURO ke tahun 2021 adalah keputusan yang telah dijangka media dan dirasakan paling logik berdasarkan keadaan semasa.

Bagaimanapun UEFA masih perlu menyelesaikan beberapa lagi masalah selepas UERO ditangguhkan ke tahun 2021 – gangguan terhadap jadual kalendar bola sepak sedia ada.

Penangguhan bakal ganggu kalendar sedia ada

Penangguhan EURO 2020 ke tahun 2021 ini akan menganggu jadual bola sepak tahun depan.

Pada musim panas 2021 nanti ada EURO untuk bola sepak wanita yang dihoskan di England dan European Under-21 Championship yang dihoskan di Hungary dan Slovenia.

UEFA Nations League, yang telah siap proses undiannya pada awal Mac lepas, juga akan diadakan pada tahun depan.

Tidak cukup dengan itu, edisi pertama FIFA Club World Cup yang dipanjangkan formatnya juga akan diadakan di China pada Jun tahun depan.

Jadi jika mengikut situasi sekarang, berikut merupakan rupa kalendar bola sepak Eropah pada musim panas tahun 2021:

EURO (bola sepak lelaki): 11 Jun hingga 11 Julai 2021.

EURO (bola sepak wanita): 7 Julai hingga 1 Ogos 2021.

UEFA Nations League: 2-6 Jun 2021.

UEFA Under-21 Championship: 9-26 Jun 2021.

FIFA World Club Cup: Jun 2021

Champions League dan Europa League tiada lagi perlawanan timbal balik?

Selain isu EURO 2020 yang ditangguh, UEFA juga akan mengumumkan mekanisme untuk menghabiskan Champions League dan Europa League musim 2019/2020.

Ada cadangan suku akhir dan separuh akhir Champions League dan Europa League perlu dimainkan dalam satu perlawanan di stadium neutral untuk memendekkan tempoh jadual kejohanan.

Ini bermakna tiada lagi perlawanan home dan away untuk Champions League dan Europa League dalam perlawanan suku akhir dan separuh akhir selepas ini.

Ada juga cadangan supaya baki perlawanan Champions League dan Europa League dimainkan dalam satu kejohanan mini di Istanbul dan Gdansk – dua lokasi final untuk dua kejohanan tersebut.

Cadangan ini boleh memendekkan tempoh kejohanan, mengurangkan kos perjalanan dan mengurangkan gangguan perjalanan liga domestik.

Kemaskini: Media melaporkan UEFA akan menangguhkan perlawanan akhir Champions League kepada 27 Jun. Perlawanan akhir Europa League pula akan berlangsung tiga hari lebih awal iaitu 24 Jun.

https://twitter.com/MiguelDelaney/status/1239907579645607936

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perancangan UEFA untuk menyelesaikan isu penangguhan kejohanan anjurannya kerana wabak COVID-19:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN