5 Perkara Daripada Kejayaan Man United Memerahkan Bandar Manchester

Manchester United cemerlang menewaskan Manchester City, di Stadium Etihad. United menang 2-1 dalam aksi derbi  Manchester.

2 gol United hasil jaringan Rashford dan Martial untuk membantu mereka naik ke tangga kelima. Manakala gol tunggal Manchester City adalah dari Otamendi.

1. Rashford terus cemerlang lawan big 6

Marcus Rashford terus menjadi big game player untuk Manchester United.

Dan sekali lagi semalam beliau menembusi gawang pasukan big 6. Rashford menjaringkan gol pembukaan menerusi sepakan penalti.

Penalti itu diberikan selepas Rashford dijatuhkan Benardo Silva.

2. Pertahanan Manchester City

Ederson melakukan 3 ‘saves’ dalam masa 15 minit pertama. Ia sudah cukup untuk menggambarkan betapa mereka perlu memperbaik masalah ini.

Selain itu, mereka turut melakukan kesilapan individu yang memberikan penalti kepada pasukan lawan.

3. Serangan balas Manchester United

Sebelum perlawanan Pep Guardiola sudah menyatakan Mancheste United sebagai pasukan serangan balas yang bahaya.

Dalam perlawanan ini, ternyata serangan balas merupakan salah suatu kuasa ampuh pasukan Manchester United.

United bergantung kepada kepantasn Daniel James dan Rashford. Dan mereka sangat kemas di dalam beberapa serangan balas.

4. City semakin jauh

Kekalahan di tangan Man United membuatkn Man City kini 14 mata di belakang Liverpool.

Liverpool menang 3-0 dalam aksi sepak mula lebih awal.

Manchester City sudah tewas dalam 4 pertarungan liga musim ini setakat ini.

Ia memerlukan Man City melakukan perkara luar biasa untuk mengejar dan memintas Liverpool – bagi mempertahankan kejuaraan liga miliknya.

5. Ole memerahkan Manchester

Ternyata Ole Gunnar Solskjaer merupakan perngurus yang cemerlang berhadapan dengan big 6.

Selain itu beliau juga sangat memahami apa keperluan sesebuah perlawanan derbi.

Pasukan Manchester United jelas memiliki karakter yang sangat baik untuk memenangi perlawanan derbi ini.

Leave a Reply