Apakah Makna Di Sebalik Keanggunan Jersi Merah Jambu Manchester United?

Adakah penyokong Manchester United menggemari jersi merah jambu yang mula digunakan oleh skuad Jose Mourinho mulai semalam?

Merah jambu adalah warna yang dianggap feminin, dan dianggap tidak sesuai untuk sukan bola sepak yang merupakan sukan maskulin. Adakah kenyataan ini benar?

Skuad Mourinho memilih untuk menggunakan jersi merah jambu tersebut buat pertama kali dalam kemenangn 2-0 menentang Burnley semalam.

Jersi berwarna merah jambu itu mulai dijual secara di acara pra jualan oleh Manchester Evening News (M.E.N)- sebuah tabloid pro pasukan Manchester pada minggu lalu, dan jersi tersebut sebenarnya didedikasikan kepada rangkaian akhbar tersebut.

Manchester Evening News (M.E.N)

Sebelum kita pergi lebih jauh, mari kita kenali Manchester Evening News. M.E.N sebenarnya ialah sebuah akhbar harian yang berpusaat di Greater Manchester dan dimiliki oleh Reach Plc.

Pada British Regional Press Award 2018, M.E.N telah dinamakan sebagai penerima Anugerah Akhbar Tahunan, dan juga laman sesawang tahunan.

M.E.N diterbitkan setiap hari kecuali pada Ahad. Dan sejak memilih untuk memasuki pasaran digital pada 2014, M.E.N telah berkembang dengan lebih pesat.

Jumlah cetakan yang dicatat pada separuh tahun 2018 ialah sebanyak 39,442 cetakan.

Bagi penyokong Manchester United dan Manchester City di Malaysia, kami yakin anda sudah tidak asing lagi dengan M.E.N, sebagai sumber untuk mencari informasi dan berita terkini pasukan masing-masing.

The Pink Publication

Ketika pelancaran jersi merah jambu Manchester United pada minggu lalu, seluruh kedai Adidas yang berada di Market Street diubah reka bentuk kepada warna merah jambu.

Menariknya, ia juga berlatarbelakangkan akhbar M.E.N yang berwarna merah jambu. Apakah signifikan gimik sedemikian?

Untuk bertahun lamanya, akhbar M.E.N terkenal dengan edisi bola sepak yang digelar ‘Football Green’, sepertimana bahagian utama sukan yang dikenali sebagai ‘Sporting Green.’

Keratan Pink Football

Selepas M.E.N mengambil alih pegangan seteru mereka untuk digabungkan dengan Manchester Evening Chronicle (M.E.C) pada 1960 an, bahagian ‘Sporting Pink’ kemudiannya dikenali sepenuhnya sebagai ‘Football Pink’.

‘Football Pink’ sebenarnya sudah dikenali sejak 1904, di dalam penerbitan Manchester Evening Chronicle, yang dimiliki oleh bekas pengerusi Manchester City, Sir Edward Hulton.

Kedua-dua ‘Green’ dan ‘Pink’ diterbitkan dengan warna masing-masing, sehinggalah pada 1970an di mana kertas putih mulai digunakan sebagai operasi standard dalam industri penerbitan surat khabar.

Satu masa dulu, kedua-dua cetakan dilakukan di dalam van yang diletak di luar stadium untuk dibeli oleh penyokong.

‘Green’ akhirnya dikhaskan untuk sukan kriket, dan merah jambu khusus untuk bola sepak.

Pada hari ini, M.E.N sudah tidak lagi menggunakan halaman ‘Green’ atau ‘Pink’ lagi.

Peringatan untuk Pink Publication

Sebenarnya jersi merah jambu Manchester United bagi musim 2018/19 dipilih sebagai peringatan kepada Pink Publication yang pernah mendapat sambutan di kalangan penyokong bola sepak di Manchester pada satu masa dahulu.

Umum mengetahui, Manchester memiliki dua kelab bola sepak utama iaitu Manchester United dan Manchester City.

Pink Publication merupakan wadah utama peminat kedua-dua kelab untuk mendapatkan berita mengenai pasukan masing-masing terutama pada 1960an.

Apa kata peminat Manchester United

Berdasarkan laporn M.E.N maklum balas dari twitter, rata-rata penyokong Manchester United di UK suka akan jersi warna pink ini.

Bagi mereka jersi tersebut menampilkan warna terang dan menonjol.

Bagi yang gemar akan sesuatu yang tampak kemas, jersi merah jambu ini mungkin menjadi pilihan berbanding jersi merah atau jersi ketiga yang berwarna biru tua.

Tetapi lain orang, lain citarasa. Ada juga yang melihat jersi merah jambu ini seperti warna asal merah yang menjadi luntur selepas dibasuh di dalam mesin basuh.

Apa kata penyokong United di Malaysia?

Apa pula kata penyokong Manchester United di Malaysia? Untuk mendapat maklum balas berkenaan, kami menampilkan satu soalan pendapat di akaun twitter kami.

Seperti dijangka, kami mendapat pelbagai jenis balasan baik dari kalangan penyokong Manchester United atau pun……Arsenal?

Sekurang-kurangnya Ketua Editor kami, Saudara Ahmad Muzammil gemar melihat jersi warna merah jambu pada Luke Shaw.

Tidak kurang juga yang mengkritik, merujuk kepada dua kekalahan skuad Mourinho dalam dua perlawanan sebelum ini.

Harith Hasnan pula berpendapat jersi bukan ukuran kepada persembahan di dalam padang.

Atau wajarkah Red Devils ditukar nama kepada Pink Devils?

Manakala Afiq Zawawi memilih untuk lebih berdiplomasi di dalam komen beliau.

Rumusan

Jelas masing-masing mempunyai pendapat tersendiri mengenai jersi merah jambu ini.

Menarik sekali, pengenalan warna merah jambu sebagai jersi kedua buat julung kalinya di dalam sejarah Manchester United adalah ketika kelab tersebut mengumumkan penubuhan pasukan profesional wanita pertama mereka.

Kami jamin pasukan wanita Manchester United tampak anggun berbanding lawan mereka di dalam jersi warna merah jambu ini.

Anda mahukan jersi yang original? Jika ya, anda harus menunggu sehingga 13 September ini untuk ianya dipasarkan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN