EPL: Luke Shaw, Mendy, Antara 9 Pemain Yang Sudah Tunjuk Taring Setakat Ini

EPL akan berehat 2 minggu untuk minggu antarabangsa. Ini adalah 9 nama pemain yang sudah menunjukkan taring mereka setakat ini.

1. Sadio Mane

Beliau sudah menjaringkan 4 gol daripada 4 perlawanan untuk The Reds, menjadikan beliau pendahulu dalam senarai penjaring berkongsi angka gol dengan Mitrovic.

Beliau baru diumumkan sebagai pemain terbaik PFA untuk bulan Ogos.

2. Neil Etheridge

Mungkin di atas kertas, pasukan beliau masih belum menang. Namun secara individu, Neil Etheridge sudah berada dalam prestasi yang sangat baik setakat ini.

Beliau menafikan 2 penalti dalam awal musim debut beliau. Dan lebih menarik turut menjadi calon dalam Anugerah Pemain Terbaik bulan Ogos.

Etheridge turut mencatatkan 2 clean sheet dan 17 ‘saves’.

3. Marcos Alonso

Beliau meneruskan ketajamannya sebagai ‘goalscoring defender’. Maurizio Sarri dalam temu ramah dengan wartawan menyatakan beliau tak terkejut dengan keupayaan Alonso. Sarri berkata:

“Saya tak terkejut kerana ketika saya tiba di sini, saya tahu yang statistik dia ada 8 gol musim lalu.”

Beliau turut menjaringkan 1 gol dan 2 assist musim ini. Perubahan sistem tidak mengganggu prestasi beliau walaupun beraksi sebagai bek sisi berbanding dengan bek sayap.

4. Aleksandar Mitrovic

Mitrovic adalah watak yang sangat penting dalam pasukan Fulham musim ini.

Beliau menjadi ‘target man’ yang bahaya pada Piala Dunia lalu dan membawa aksi cemerlang itu bersama beliau pada permulaan musim EPL.

Beliau sudah menjaringkan 4 gol musim ini setakat 4 perlawanan. Dengan adanya pemain seperti Schurle dan Seri, beliau kelihatan selesa dengan servis yang ada.

5. Joe Gomez

Tidak dinafikan Van Dijk adalah watak utama pertahanan Liverpool. Namun pemain ini setakat ini telah menunjukkan aksi cemerlang.

Beliau jelas sangat selesa dengan prestasi sebagai bek tengah berbanding bek sisi.

Satu kelegaan untuk Liverpool yang berhadapan krisis kecederaan dan krisis kecergasan bek tengah.

6. Benjamin Mendy

Musim lalu beliau hanya tampil beberapa perlawanan. Namun Mendy jelas pemain yang memahami taktikal Guardiola.

Dalam dokumentari, All Or Nothing oleh Man. City, mereka menceritakan Guardiola sangat mengkehendaki pemain ini yang sesuai dengan taktikal beliau.

Mendy menunjukkan aksi luar biasa ketika berhadapan dengan Arsenal. Beliau terus menjadi regular dalam pasukan ini.

7. Luke Shaw

Beliau masuk ke dalam pasukan utama selepas ketiadaan Ashley Young yang belum cergas.

Ternyata Shaw menggunakan peluang yang ada sebaik mungkin. Beliau menjadi pencipta peluang yang penting Untuk Man. United.

BRIGHTON, ENGLAND – AUGUST 19: Luke Shaw of Manchester United runs past Anthony Knockaert of Brighton & Hove Albion during the Premier League match between Brighton & Hove Albion and Manchester United at American Express Community Stadium on August 19, 2018 in Brighton, United Kingdom. (Photo by Dan Istitene/Getty Images)

Beliau turut muncul dalam kesemua 4 perlawanan dan 1 gol dihasilkan setakat ini.

Dalam kekalahan United vs Spurs, beliau mencipta beberapa peluang gol yang sepatutnya disudahkan ke dalam jaring.

Jika Man. United lebih tajam musim ini, Luke Shaw sudah pasti sudah mencipta beberapa assist.

8. Guendouzi

Pemain muda ini adalah pembelian paling berbaloi setakat ini. Beliau sudah bermain dalam kesemua 4 perlawanan setakat ini.

Arsenal hanya membayar £7 juta kepada Lorient untuk pemain muda ini.

Kerajinan dan komitmen beliau sangat baik. Pemain berusia 19 tahun dalam proses yang sangat baik untuk dibangunkan menjadi pemain tengah yang berkualiti.

Beliau menjadi pemain penting dalam proses transisi pasukan Arsenal untuk menyesuaikan diri dengan taktikal Unai Emery.

9. Lucas Moura

Ini adalah permulaan musim cemerlang untuk Moura meskipun dikejutkan Watford semalam.

Moura seperti pemain baru untuk mereka musim ini. Moura menyertai Spurs pertengahan musim lalu namun mengambil masa untuk adaptasi.

MANCHESTER, ENGLAND – AUGUST 27: Lucas Moura of Tottenham Hotspur celebrates after scoring his team’s second goal during the Premier League match between Manchester United and Tottenham Hotspur at Old Trafford on August 27, 2018 in Manchester, United Kingdom. (Photo by Clive Mason/Getty Images)

Musim ini beliau menjadi nadi penting Spurs. 2 gol beliau membantu Spurs menewaskan Man. United di Old Trafford.

Beliau sudah menjaringkan 3 gol setakat ini.

Rumusan

Itulah antara 9 nama yang kami rasakan sudah menunjukkan aksi cemerlang setakat ini.

Pastinya mereka berharap prestasi ini akan dapat dikekalkan dengan musim yang masih lagi panjang.

Anda ada nama lain? Kongsikan dengan kami.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN