EPL: Sadio Mane, Menang Pemain Terbaik PFA Bulan Ogos

Jika ada anugerah untuk pemain terbaik pilihan pengurus PFA, nama Sadio Mane juga akan menjadi antara pilihan.

Sadio Mane berjaya memulakan musim 2018/19 dengan cemerlang apabila sudah menjaringkan 4 gol setakat ini.

Walaupun Mohamed Salah kelihatan sedikit hilang konsentrasi, mungkin kerana isu luar padang, Sadio Mane berjaya mengisi kehilangan sentuhan itu.

Liverpool menang 4 daripada 4 perlawanan pertama EPL mereka musim ini. Sadio Mane menjaringkan 3 gol sepanjang Ogos untuk pasukan Liverpool.

Beliau yang baru diberikan jersi no.10 kelihatan lebih tajam di hadapan gol kali ini.

Mane mendapat 58% undian daripada penyokong. Beliau menewaskan calon-calon lain seperti berikut:

Neil Etheridge (Cardiff), Roberto Pereyra (Watford), Sergio Aguero (Manchester City), Lucas Moura (Tottenham Hotspur) dan Benjamin Mendy (City).

Semalam tular video Sadio Mane membersihkan tandas dan tempat mengambil wudhuk di sebuah masjid selepas membantu Liverpool menang ke atas Leicester City.

Sadioa Mane menjadi pemain penting Jurgen Klopp sejak menyertai The Reds. Gandingan beliau bersama Firmino dan Mo Salah musim lalu sangat tajam di hadapan gol.

Sadio Mane memiliki ketajaman dalam larian dan sangat memahami kehendak taktikal Klopp.

Tahniah kepada Sadio Mane, semoga terus kekalkan prestasi anda.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN