Peminat Terkejut Tiada Nama Messi Dalam 3 Finalis FIFA Best

Ramai peminat terkejut apabila tiada nama Lionel Messi untuk naik ke podium sebagai 3 finalis akhir FIFA Best.

Lionel Messi melalui musim yang hebat musim lalu bersama Barcelona. Beliau gagal membantu Barcelona menjuarai UCL dan mara lebih jauh bersama Argentina dalam kempen Piala Dunia 2018.

Namun begitu Lionel Messi adalah antara pemain yang memiliki prestasi terbaik pada musim lalu secara individu dan membantu pasukannya memenangi 3 piala.

Ini adalah pertama kali Lionel Messi terkeluar daripada senarai ‘top 3’ anugerah terbaik FIFA (sebelum ini ada yang bergabung dengan Ballon d’Or) sejak 2006.

3 finalis ialah Cristiano Ronaldo, Luka Modric dan Mohamed Salah.

Senarai yang sama dengan finalis Anugerah UEFA sebelum ini yang dimenangi oleh Luka Modric.

Messi berada dalam senarai 10 teratas bersama dengan Kevin De Bruyne, Raphael Varane, Antoine Greizmann, Eden Hazard, Harry Kane dan Kylian Mbappe.

Legenda Manchester United, Peter Schmeichel yakin sudah tiba masanya dominasi Ronaldo-Messi akan tewas tahun ini. Beliau berpendapat Luka Modric berhak menang kali ini. Beliau berkata:

“Saya rasa, tahun ini kita akan ada pemenang baharu, Luka Modric. Aksi beliau luar biasa dan memenangi Anugerah Pemain Terbaik Piala Dunia. Saya jangkakan dia akan menang.”

Ini adalah senarai 3 finalis akhir untuk kategori utama.

Pemain terbaik FIFA Best

1. Cristiano Ronaldo – Juventus
2. Mohamed Salah – Liverpool
3. Luka Modric – Real Madrid

Penjaga gol terbaik FIFA Best

1. Thibaut Courtois – Real Madrid
2. Hugo Lloris – Tottenham
3. Kasper Schmeichel – Leicester City

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN