Manchester City Terus Gah Di Persada Liga Perdana Inggeris

Manchester City terus mengekalkan kelebihan lima mata di persada Liga Perdana Inggeris (EPL) walaupun terpaksa bekerja keras sebelum menang 3-2 di tempat lawan mengatasi West Bromwich Albion malam tadi.

Bos Manchester City, Pep Guardiola percaya yang pasukannya sepatutnya menang dengan lebih selesa tapi gembira dengan permainan keseluruhan dan paling penting tiga lagi mata penuh di tempat lawan.

Guardiola meletakkan penjaring bersama terbanyak City, Sergio Aguero di bangku simpanan tetapi pasukannya masih mampu menjaringkan dua gol dalam tempoh lima minit di Hawthorns yang menyaksikan tiga gol dijaringkan.

Jaringan menakjubkan Leroy Sane memberikan City gol pembukaan pada minit ke-10 namun Jay Rodriguez kembali menyamakan kedudukan sejurus selepas itu.

Namun pada minit ke-15, City mendahului 2-1 selepas Fernandinho meledak jaringan apabila sepakannya terkena Gareth Barry dan menerjah gawang.

Pemain gantian City, Raheem Sterling memberikan pelawat kelebihan dua gol pada minit ke-64 sebelum skuad Baggies kembali mendapatkan satu gol menerusi Matt Phillips selepas kesilapan dilakukan Nicolas Otamendi.

“Anda tidak boleh menang sepanjang masa dengan empat, lima, enam gol, itu tidak mungkin,” kata Guardiola, dengan skuadnya sudah mengumpul 28 mata daripada keseluruhan 30 dalam 10 perlawanan awal liga musim ini.

“Kami tidak panik apabila seri 1-1 dan kami tidak panik bila berada di kedudukan 3-2 di minit akhir jadi kami bermain dengan bagis dan saya gembira.

“Kami bermain cukup baik dalam banyak kawasan hari ini dan kami berhak untuk menang.

“West Brom telah mencipta hanya tiga peluang dan menjaringkan dua gol , sementara kami pula telah mencipta banyak peluang tapi tidak menghasilkan gol, tapi itulah bola sepak, ia ok dan tahniah untuk pasukan saya.

“Adalah penting apabila anda melakukan persembahan yang bagus untuk menang selesa dan apabila anda tidak bermain pada tahap tertinggi tetapi masih mampu menang,” katanya.

Pemain City yang paling menyerlah, Leroy Sane mendapat pujian khas Guardiola: “Dia seorang pemain yang berbakat istimewa yang banyak berlari di bahagian belakang, tapi dia masih muda dan masih banyak perlu diperbaiki , dan kami senang hati membantunya.

“Mempunyai para pemain seperti Raheem yang diturunkan dari bangku simpanan dan menjaringkan gol memberikan saya banyak keyakinan.

Apabila anda cuba menjuarai kejohanan dan merangkul piala, anda mahu satu barisan pemain simpanan yang kuat dan kami mempunyainya.”

Menjelang perlawanan penting menentang Napoli dalam Liga Juara-Juara Eropah, Pep menambah: “Kami perlu satu lagi kemenangan untuk jamin layak seterusnya tapi kami akan ke laman pendahulu Serie A, dan setiap orang tahu gaya permainan mereka di stadium sendiri, jadi ia pasti amat mencabar.

“Namun ia satu peluang hebat untuk kami menempah tempat ke peringkat seterusnya dan kami akan cuba lakukannya dengan terbaik.”

sumber : Manchester City Malaysia

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN