Pahang Akan Tampil Lebih Mantap Musim Depan

Finalist Piala FA 2017, pasukan Pahang gagal mengutip 3 mata penuh apabila hanya mampu seri ketika menentang Perak dalam perlawanan terakhir Liga Super di stadium darulmakmur semalam.

Namun begitu, keputusan itu tidak mengugat kedudukan Tok Gajah dan mereka dinobatkan sebagai naib juara liga super 2017 di belakang JDT dengan 40 mata.

Dalam perlawanan semalam, skuad bimbingan Ahmad Shaharudin Rosdi itu terpaksa menunggu sehingga minit ke-23 untuk merobek gawang The Bos Gaurus menerusi jaringan Christie Jayaseelan selepas menerima hantaran daripada Mohamadou Sumareh.

Kedua-dua pasukan tidak terlalu banyak melakukan corak serangan merbahaya terutamanya jentera The Bos Gaurus yang dilihat gagal untuk menguji pertahanan tuan rumah sehingga tamat aksi babak pertama.

Gambar : Pahang FA

Di separuh masa kedua, kapten Perak, Nasir Baharuddin menyamakan kedudukan 1-1 selepas menewaskan penjaga gol tuan rumah, Helmi Eliza Elias dan kedua-dua pasukan jelas akur dengan satu mata pada perlawanan terakhir kempen liga kali ini.

Akhbar Berita Harian melaporkan pembantu jurulatih Pahang, Ahmad Shaharuddin Rosdi mahu pemain yang menyarung jersi skuad Pahang musim ini dikekalkan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.

Shaharuddin berkata, pencapaian semua pemain yang digandingkan pada musim ini sangat memuaskan dan lebih baik dibandingkan rekod musim 2016.

Katanya, gelaran naib juara Piala FA, tempat kedua Liga Super dan layak ke suku akhir Piala Malaysia memberi petanda bahawa Pahang boleh tampil lebih cemerlang musim depan.

Gambar : Pahang FA

“Bagi saya, prestasi musim ini membuktikan bahawa Pahang sudah kembali bangkit dan mampu mencabar pasukan lain… ini adalah hasil gandingan pemain baharu dan juga berpengalaman.

“Oleh itu, saya harap mereka (pemain) dapat kekal kerana sebahagian besar pemain baharu digandingkan musim ini mampu tampil lebih mantap jika dikekalkan buat musim depan.

“Bagaimanapun, terpulang kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) untuk menentukan sama ada pemain yang disenaraikan musim ini kekal atau kontrak mereka tidak dilanjutkan,” katanya kepada Berita Harian.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN