Manchester City Pun Pernah Dikalahkan Wigan, Dan Kami Sentiasa Perbaiki Diri, Kata Figueroa

Pemang Piala AFC dan duta kelab Johor Darul Ta’zim, Luciano Figueroa mahu JDT menjadikan kekalahan di tangan MISC MIFA untuk memperbaiki diri mereka.

JDT dikejutkan oleh pendatang baharu Piala Malaysia dengan kekalahan 1-2 di Larkin pada Ahad lalu.

Dalam satu muat naik di laman JST semalam, beliau menyatakan bahawa pasukan sehebat Manchester City pun boleh kalah di tangan pasukan divisyen 3, Wigan Athletic dalam perlawanan Piala FA Inggeris 2018.

“Manchester City merupakan pasukan yang memiliki bajet beratus juta dan mempunyai antara jurulatih paling bagus di dunia iaitu Pep Guardiola pun boleh tewas dengan pasukan divisyen tiga, Wigan Athletic pada pusingan kelima Piala FA 2018.”

Beliau menganggap memang sudah lumrah dalam bola sepak. Walaupun disingkirkan Wigan, namun Manchester City tetap berjaya menjuarai EPL musim tersebut.

Beliau memberikan jaminan bahawa JDT sentiasa berusaha memperbaiki diri mereka.

“Tetapi mereka menang kejuaraan yang lebih besar iaitu Juara Liga! Apa pun, inilah bola sepak. Kadangkala anda perlu melihat pada gambaran yang lebih besar.”

“Walau apa pun, kami sentiasa akan berusaha memperbaiki dari semasa ke semasa.”

JDT akan melayan kunjungan pasukan Kedah pada 10 Ogos ini di Larkin dalam perlawanan ke-2 kumpulan C.

Kedua-dua pasukan gagal mengutip mata penuh dalam aksi pertama. Kedah diikat seri tanpa jaringan oleh pasukan Kelantan.

Perlawanan kedua sangat penting untuk kedua-dua pasukan yang diletakkan sebagai pasukan pilihan untuk mara ke suku akhir.

Sebagai rekod, JDT adalah juara Piala Malaysia 2017, manakala pasukan Kedah pula Juara Piala Malaysia 2016.

Dalam final 2017, kedua-dua pasukan ini bertemu dan JDT menang 2-0 di Stadium Shah Alam.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN