Minggu Bielsa Arah Pemain Jadi ‘Cleaner’, Tumbangkan Stoke Dan Buat Penyokong Teruja

Penyokong Leeds United teruja dengan gaya bola sepak pasukan tersebut dalam perlawanan pertama League 1 menentang Stoke City. Leeds menang 3-1 dalam perlawanan tersebut.

Marcelo Bielsa adalah pakar taktikal moden yang menjadi rujukan pengurus seperti Pep Guardiola, Mauricio Pochettino dan ramai lagi.

Beliau pemegang falsafah bola sepak moden yang menggemari pertarungan taktikal dan teknikal di dalam padang.

Kegembiraan itu turut dikongsi oleh Benjamin Mendy dalam twitter beliau yang gembira dengan impak diberikan Bielsa kepada Leeds United.

Leeds United sudah 14 musim gagal kembali ke EPL walaupun beraksi dalam beberapa play off. Bielsa berharap dapat membawa kelab itu kembali semula ke EPL.

Ianya 90 minit yang penuh sukar untuk Stoke City berhadapan dengan pasukan yang penuh tenaga, dengan high pressing game walaupun hanya menggunakan nama-nama pemain boleh dianggap biasa dalam bola sepak Inggeris.

Stoke boleh dikatakan pasukan yang kuat dalam kempen divisyen kedua Inggeris itu kali ini. Namun skuad Bielsa mencatatkan statistik ini:

Bielsa menggunakan sumber yang ada sebaik mungkin. 3 gol Leeds hadir menerusi Mateusz Klich, Pablo Hernández dan Liam Cooper.

Pemain-pemain Leeds sangat bersemangat selepas diarahkan mengutip sampah selama 3 jam oleh Bielsa pada minggu lalu.

Pemain jadi cleaner

Hal itu berlaku setelah Bielsa menyemak purata pendapatan penyokong Leeds United dan mendapati setiap penyokong perlu bekerja 3 jam untuk mendapatkan 1 tiket perlawanan Leeds United.

Bielsa telah mengarahkan semua pemain melakukan kerja pembersihan di pusat latihan mereka.

Selepas tamat sesi itu, para pemain tertanya-tanya apakah salah mereka sehingga perlu mengutip sampah dan menjadi ‘cleaner’.

Bielsa menyatakan ia bukannya hukuman atas kesalahan pemain tetapi ia adalah  untuk memberitahu pemain bahawa itulah yang dirasai penyokong mereka lalui untuk menyaksikan pasukan kesayangan mereka beraksi.

Bielsa mahu para pemain menghargai penyokong dan memberikan yang terbaik untuk mereka di dalam padang.

Setiap kali mereka merasakan diri mereka malas untuk memberikan komitmen kepada pasukan, mereka akan ingat pengorbanan penyokong mereka demi menyaksikan mereka bermain.

Itu belum termasuk kos ketika bertandang ke gelanggang lawan. Penyokong tiada gaji beribu seminggu seperti pemain Leeds.

Bielsa dan penyokong puas hati

Bielsa gembira dengan perlawanan pertama dan menyatakan yang pemain beliau telah memberikan segalanya di dalam padang.

Bekas pengurus Argentina dan Chile itu memang dikenali dengan sikapnya yang ‘perfectionist’ dan tegas serta digelar ‘Godfather’ bola sepak moden.

Beliau seorang yang sangat radikal dalam pengurusan taktikal dan pasukan. Beliau pernah melepaskan jawatan di Lille gara-gara pengurusan tertinggi tidak menghormati tugas beliau.

Beberapa penyokong Leeds United berharap pihak pengurusan tidak buat hal dengan Bielsa kerana mereka yakin Bielsa orang yang tepat membimbing pasukan mereka.

Di ruangan komen di media sosial Leeds, para penyokong mereka berpuas hati dengan aksi para pemain yang bersungguh-sungguh.

https://twitter.com/ATVSPoseur/status/1026133002852683776

Ada yang menyatakan sudah lama tidak melihat Leeds bermain dengan sepenuh hati.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN