Manchester United Tolak Bidaan Barcelona Untuk Paul Pogba

Sumber Gianluca Di Marzio menyatakan Barcelona menghantar bidaan untuk Paul Pogba.

Kelab Sepanyol itu sekali lagi menyatakan minat mereka kepada Paul Pogba selepas gagal mendapatkan pemain itu dari Juventus dahulu.

Selepas berjaya mendapatkan Arturo Vidal, Barcelona kini menumpukan usaha untuk mendapatkan bintang Perancis di Piala Dunia Rusia dan juga Manchester United itu.

Ernesto Valverde nampaknya berusaha menggandingkan semula 2 pemain ini.

Manchester United tidak ada perancangan untuk menjual Paul Pogba buat masa ini. Lebih-lebih lagi mereka hanya mendapatkan 2 pemain dalam jendela perpindahan kali ini.

Mourinho sendiri mengakui skuad United sangat perlukan Paul Pogba dan menunggu pemain itu pulang semula ke dalam pasukan.

Barcelona dilaporkan cuba menarik perhatian Man. United dengan memasukkan nama Yerry Mina dalam perjanjian. Ini kerana Man. United kini sedang berusaha mendapatkan seorang bekas tengah.

Jadi tawaran Barcelona dilaporkan €50 juta wang + Yerry Mina. Jika United merasakan angka itu tak cukup, Barca menawarkan Andre Gomes sekali di dalam perjanjian itu.

Namun begitu Man. United dilaporkan menolak bidaan tersebut.

Apa yang dirisaukan ialah Paul Pogba mungkin tertarik akan ke Barcelona. Ejen beliau dilaporkan ke England untuk membincangkan situasi Pogba selepas tahu ada minat daripada Barcelona.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN