Man Utd Akan Setia Dengan Solskjaer Walaupun Jika Kalah Dengan Everton

Manchester United akan mengekalkan kepercayaan mereka terhadap pengurus Ole Gunnar Solskjaer walaupun terdapat peningkatan tekanan terhadapnya berikutan dua kekalahan berturut-turut baru-baru ini.

Berita ini didedahkan oleh koresponden United di The Athletic, Laurie Whitwell.

Menurut Whitwell, sekuriti kerja Solskjaer tidak akan tergugat walaupun jika pasukannya tewas kepada Everton pada hari Sabtu nanti.

Sepanjang tujuh hari lepas, United tewas 0-1 kepada Arsenal dan 1-2 kepada Istanbul Basaksehir, dalam aksi Premier League dan UEFA Champions League.

Kekalahan di halaman sendiri kepada Arsenal pada awal pagi Isnin (waktu Malaysia) lepas – di mana United hanya mencatat dua percubaan tepat – bermakna anak buah Solskjaer kini gagal menang di Old Trafford dalam aksi Premier League selama enam perlawanan.

Mereka kini terperosok di tangga ke-15 liga.

Kemudian kekalahan 1-2 kepada Basaksehir dalam aksi Champions League pada awal pagi Khamis lepas, membawa kemaluan besar kepada penyokong Red Devils. Tambah memalukan adalah cara United melepaskan gol, kegagalan mencipta peluang dan kelemahan skuad juara liga Turki itu sendiri.

Whitwell menulis, lembaga pengurusan United masih percayakan Solskjaer kerana pencapaiannya pada musim lepas yang mengemudi Red Devils ke tangga ke-3 Premier League dan tiga aksi separuh akhir.

Pengurusan United juga merasakan pengurus berbangsa Norway itu wajar mendapat masa mencukupi untuk memperbetulkan keadaan. Ini kerana pasukan sebenarnya mempunyai kualiti selepas menewaskan PSG dan RB Leipzig dengan bergaya dalam aksi Champions League.

Aksi menentang Everton di Goodison Park pada hari Sabtu ini bakal memberi peluang pertama buat Solskjaer untuk memulihkan prestasi semasa pasukan. Kekalahan dalam perlawanan ini masih tidak akan menjejaskan kepercayaan kelab kepadanya.

Kemenangan pula akan meletakkan mereka hanya enam mata di belakang Liverpool selepas tujuh perlawanan berlangsung.

Majoriti pemain suka Solskjaer

Rata-rata pemain United amat menyokong kepimpinan Solskjaer di bilik persalinan dan padang latihan. Kebanyakan mereka mengaku persembahan individu mereka bertambah baik sejak Solskjaer datang melatih.

Bagaimanapun mereka agak risau dengan gerakan serangan United yang tidak lincir.

Lain pula ceritanya dengan komuniti penyokong United. Walaupun mereka gembira dengan cara anak buag Solskjaer menang menentang pasukan besar di Champions League, mereka agak risau dengan prestasi pasukan yang sangat tidak konsisten.

‘Satu langkah ke hadapan, dua langkah ke belakang’, adalah mantra yang kerap dilaung-laungkan oleh penyokong Red Devils ketika ini.

Mereka juga percaya Solskjaer sepatutnya diberikan sokongan dalam pasaran perpindahan pemain. Pada musim panas lepas, United gagal memikat Jadon Sancho dan hanya membuat pembelian pemain pada saat-saat terakhir.

Seorang calon yang penyokong United mahu lihat menggantikan Solskjaer – jika beliau dipecat – adalah Mauricio Pochettino. Ed Woodward bukan asing lagi dengan Pochettino selepas pernah membuat pertemuan peribadi dengannya pada dua tahun lepas.

Pochettino sendiri mengumumkan kesediaannya kembali mengurus pasukan pada awal pagi Selasa lepas dalam rancangan Mondy Night Football di SkySport:

“Saya dah cukup rehat. Saya berminat nak kembali mengurus,” katanya sebelum menambah, “Tapi saya kena tunggu tawaran projek yang sesuai dengan saya dahulu.”

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

Solskjaer Tunduk Kepada Tekanan Ejen Seorang Pemain Man Utd

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN