Gianluca Di Marzio melaporkan Manchester United menolak tawaran Inter Milan yang mahu menukarkan Icardi dengan Romelu Lukaku.
Pengurus baru Inter Milan, Antonio Conte sekali lagi mengulangi minat beliau kepada Romelu Lukaku. Ketika di Chelsea Conte pernah kecewa kerana gagal mendapatkan Lukaku dari Everton.
Manchester United have rejected a swap deal from Inter Milan for Mauro Icardi and Romelu Lukaku. (Di Marzio) pic.twitter.com/0ujGUot7qo
— Transfer News (@TransfersLlVE) June 6, 2019
Sebelum ini Inter Milan melakukan bidaan ke atas Lukaku dengan menawarkan wang £50 juta dan juga memasukkan sekali Ivan Perisic di dalam perjanjian. Ianya ditolak oleh Man. United yang meminta £80 juta untuk Lukaku.
Berita ini membuatkan AS Roma kini cuba mendapatkan tawaran tersebut dengan pertukaran pemain antara Icardi dan juga Edin Dzeko.
According to Sky Sport Italia, #Inter offered Mauro Icardi in exchange for Romelu Lukaku, but #MUFC refused https://t.co/mIHFLAt4Vk #FCIM #Argentina #SerieA pic.twitter.com/T15ld0vFdQ
— Football Italia (@footballitalia) June 5, 2019
Namun Inter Milan mungkin akan meminta sedikit wang tambahan untuk perjanjian ini kerana Edin Dzeko yang memiliki nilai kurang daripada €15 juta – menurut Inter Milan. Icardi pula diletakkan valuasi sekitar €50-€60 juta.
Masa depan Mauro Icardi di Inter Milan boleh dikatakan sudah berakhir.
Sebelum tamat musim lalu, Inter Milan membuat kenyataan rasmi bahawa pemain itu dikenakan tindakan oleh kelab kerana cuba memanipulasi rundingan kontrak dengan Inter Milan untuk mendapatkan tawaran tinggi di kelab lain – dipercayai Real Madrid.
Icardi juga dilucutkan jawatan sebagai ketua pasukan selepas tidak setuju dengan pengurus Luciano Spalletti.
Antonio Conte buat masa ini tidak berminat untuk bekerjasama dengan Mauro Icardi. Namun Inter Milan tidak akan menjual pemain itu dengan harga murah. Mereka masih berusaha mendapatkan harga terbaik terutama sekali dengan perjanjian pertukaran pemain.