Semalam, Manchester United telah pun mengeluarkan kenyataan balas mengenai isu kritikan pemain mereka, Cristiano Ronaldo yang dianggap sangat kontroversi.
Menerusi kenyataan balas yang dikeluarkan menerusi media rasmi pasukan tersebut, United telah pun mengetahui tentang liputan media membabitkan pemain mereka Ronaldo.
Untuk tindakan lanjut, kelab sedia mempertimbangkan segalanya selepas fakta penuh dapat dipastikan mengenai perkara tersebut.
ℹ️ Club statement.#MUFC
— Manchester United (@ManUtd) November 14, 2022
Malah, pemain tersebut berkemungkinan turut didenda sebanyak £1 juta kerana kenyataan beliau dalam wawancara tersebut bersama Piers Morgan menurut The United Stand.
“Fokus kami kekal untuk persediaan separuh musim yang kedua ini dengan meneruskan momentum, membina kepercayaan serta persefahaman bersama pemain, pengurus, kakitangan dan peminat,” jelas kenyataan tersebut.
Sebelum itu, satu sesi temu ramah yang membabitkan pemain tersebut, Ronaldo telah pun meluahkan segalanya yang terpendam mengenai dirinya kepada kelab.
Cristiano Ronaldo is expected to be fined at least £1 million for his interview with Piers Morgan. [@MetroUK] #mufc
— The United Stand (@UnitedStandMUFC) November 14, 2022
Menerusi laporan dikeluarkan oleh Sport Bible, Ronaldo akui dirinya telah pun dikhianati kelab sepanjang kariernya bersama United ketika ini.
Kritikan-kritikan keras turut dilemparkan kepada ten Hag serta bekas pengendali United iaitu Ralf Rangnick.
“Jika awak bukan seorang jurulatih, bagaimana awak nak menjadi ketua dalam Manchester United? Saya tak pernah dengar tentang dirinya sebelum ini,” ulas Ronaldo.
Pemain tersebut juga turut menjadikan ten Hag sebagai mangsa kritikannya, apabila beliau secara terang menyatakan tidak ada rasa hormat kepada pengendali tersebut.
“Saya tak pernah hormati beliau kerana dirinya sendiri tidak pernah menunjukkan rasa hormat kepada saya. Awak tak hormat saya, maka saya pun akan buat perkara yang sama.
“Jika awak tidak menunjukkan sikap untuk menghormati saya, maka saya tak akan sesekali memberi rasa hormat tersebut kepada awak,” tambah Ronaldo.
Pada masa sama, bekas rakan sepasukan Ronaldo iaitu Wayne Rooney turut tidak terlepas untuk menerima ‘tembakan’ daripada pemain ini.
“Saya tak tahu kenapa dia begitu kerap mengkritik saya dengan agak teruk. Kemungkinan besar kerana dia sudah pun menamatkan karier lebih awal dan saya masih beraksi di tahap tertinggi.
“Sukar untuk diri ini katakan yang saya kelihatan lebih baik berbanding dirinya. Ianya adalah sangat tepat,” terang penyerang Portugal itu.
Ketika ditanya mengenai keputusannya untuk menyertai United berbanding Manchester City musim lalu, Ronaldo menyatakan ia kerana kata hati dan nasihat Sir Alex Ferguson.
Was Cristiano Ronaldo right to do the interview? pic.twitter.com/KqDIcpzXBa
— SPORTbible (@sportbible) November 14, 2022
Walaubagaimana pun, Ronaldo sedar kelab tersebut tidak lagi sama seperti ketika beliau meninggalkannya buat pertama kali lalu.
“Tahap kemajuan kelab tersebut kosong. Sejak Sir Alex tiada, saya tak nampak perubahan positif United. Tidak ada apa-apa berubah.
“Saya rasa penyokong patut tahu kebenaran sebenar. Saya mahukan yang terbaik untuk kelab, dan sebab itu saya datang mewakili United kembali.
“Tetapi ada sesuatu yang berada dalam pasukan tidak membantu kami mencapai tahap tertinggi seperti City, Liverpool, dan sekarang Arsenal.
“Sepatutnya kelab ini berada dalam carta kedudukan tiga terbaik liga, malangnya kami tidak mencapainya lagi musim ini,” jelas Ronaldo akhir sekali.