Cristiano Ronaldo Sebenarnya Pernah Ada Masalah Dengan Hampir Semua Pengurusnya

Pemain penyerang Manchester United, Cristiano Ronaldo mengakui yang beliau merasakan dirinya telah dikhianati oleh kelab dan turut mendedahkan yang beliau ada masalah dengan pengurusnya, Erik ten Hag.

Pendedahan Ronaldo itu sepertinya sedikit mengejutkan ramai pihak terutama para penyokong, namun jika difikirkan semula, beliau sebelum ini sebenarnya sudah sering mempunyai masalah dengan pengurusnya.

Dalam satu temu bual bersama Piers Morgan, Cristiano Ronaldo tampil membincangkan pelbagai hal dan jelas sekali hal-hal tersebut mengundang kemarahan peminat.

Temu bual tersebut akan disiarkan pada minggu ini dalam rancangan Piers Morgan Uncensored Show dan jelas sekali ramai yang sudah tidak sabar mahu menonton rakaman penuh temu bual tersebut.

Selain membincangkan tentang kekecewaan beliau terhadap kelab, Ronaldo turut menghentam Erik ten Hag dengan menyatakan:

“Saya tak menghormati dia kerana dia sendiri tak menghormati saya.”

“Jika kamu tidak menghormati saya, saya sendiri tidak akan pernah menghormati kamu”.

Ini sebenarnya bukanlah kali pertama Ronaldo ada masalah dengan pengurusnya sendiri.

Beliau boleh dikatakan mempunyai masalah dengan semua pengurus yang pernah menguruskannya selama ini.

Berikut merupakan kisah-kisah yang mana Ronaldo mempunyai masalah dengan pengurus yang menguruskannya.

Ralf Rangnick

Sebelum berdebat tentang Ten Hag, Ronaldo sebenarnya sudah pernah ada masalah dengan bekas pengurus interim kelab, Ralf Rangnick.

Bintang Portugal itu bengang ketika pengurus dari Jerman itu mengeluarkan beliau ketika aksi Manchester United bertemu Brentford pada hujung musim lalu.

Ronaldo pada ketika itu merupakan penjaring terbanyak Manchester United dan beliau secara terbuka menunjukkan rasa tak puas hatinya ketika beliau dikeluarkan oleh Rangnick.

Ralf Rangnick bercakap tentang hal tersebut selepas tamat perlawanan dengan menyatakan:

“Saya tak berharap dia akan peluk saya selepas dia dikeluarkan.”

“Saya tak ada masalah atau apa-apa dengan Cristiano. Saya sudah berada di sini selama enam minggu dan tak pernah ada isu dengan dia. Apa pun.”

Jose Mourinho

Ketika kariernya bersama Real Madrid, Ronaldo sebenarnya turut ada masalah dengan Jose Mourinho walaupun beliau ketika itu meledak 60 gol sepanjang tahun 2012.

“Ketika saya kritik dia dari sudut pandangan taktikal, itu kerana saya rasa dia masih boleh perbaiki, dia tak mahu terima apa yang saya mahu katakan.”

Jelas Mourinho.

“Itu kerana dia rasa dia sudah tahu segalanya dan jurulatih tak boleh bantu dia untuk berkembang lagi.”

Sir Alex Ferguson

Cristiano Ronaldo bahkan turut pernah ada masalah dengan legenda terhebat sepanjang zaman Man United, Sir Alex Ferguson yang turut merupakan individu yang membawanya ke Old Trafford.

Ferguson mengeluarkan Ronaldo ketika aksi bertemu Manchester City dalam saingan Premier League pada tahun 2009 yang lalu.

Beliau melakukan hal tersebut kerana mahu memastikan Ronaldo berada di tahap kecergasan terbaiknya menjelang aksi perlawanan akhir saingan Champions League.

Bintang Portugal itu walau bagaimanapun tidak gembira dengan hal tersebut dan beliau dikatakan membaling pakaiannya sebagai tanda tak puas hati terhadap keputusan Ferguson itu.

Andrea Pirlo

Ronaldo juga sebenarnya ada masalah dengan Andrea Pirlo di Juventus, dan pengurus dari Itali itu pernah menyatakan bahawa:

“Tidak ada klausa khas yang menyatakan bahawa dia tak boleh dikeluarkan dari padang permainan.”

Jelas Pirlo.

“Dia tahu dia pemain penting untuk kami, tapi untuk dapatkan semula tahap persembahan terbaik dia, dia perlu sentiasa berikan segalanya.”

Fernando Santos

Selain pengurus kelab, Ronaldo juga sebenarnya turut pernah ada masalah dengan pengurus skuad kebangsaannya, Fernando Santos.

Tahun lalu, ketika Portugal tewas di tangan Serbia, Cristiano Ronaldo dilihat telah meluahkan kemarahannya kepada Fernando Santos.

Kekalahan itu menyebabkan harapan Portugal untuk layak ke Piala Dunia semakin tipis dan mendesak mereka untuk beraksi di pusingan play-off sebelum layak ke Qatar.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN