JDT Sambar 7 Pemain Dari Skuad Juara MPFL 2022, Selangor MAC?

Juara MPFL 2022 Selangor MAC hijrah JDT 2023

Skuad yang baru ditubuhkan untuk saingan Malaysian Premier Futsal League (MPFL) 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) dijangka akan dikukuhkan dengan penyertaan tujuh pemain dari juara edisi lalu, Selangor MAC.

Spekulasi itu semakin bertiup kencang sebaik sahaja Selangor MAC membuat titipan selamat tinggal kepada tujuh tonggak utamanya itu.

Pemain-pemain yang disahkan akan meninggalkan pasukan adalah Hadee Taufiq, Azri Rahman, Muhamad Ekmal Sharin, Muhammad Saad Sani, Mohd Azwan Ismail, Mohamad Danial Abdul Dain, dan Firdaus Ambiah.

Pasukan telah mengucapkan selamat tinggal kepada ketujuh-tujuh pemain yang dikhabarkan akan berhijrah tetapi tidak dimaklumkan hala tuju mereka.

“Terima kasih dan selamat berhijrah.”

“Semoga kalian dirahmati Allah SWT dan diberi kesihatan yang baik di tempat baharu. Kenanglah masa-masa kita bersama sepanjang beberapa tahun. Walaupun tiada liga berlangsung selama 2 tahun pandemik, kita masih utuh berpayung di bawah payung Merah Kuning ketika itu. Kini jodoh perjalanan kita berakhir di sini, datang akan pergi, itulah realiti.”

“Akhir kata, semoga kita bertemu di lain hari. Ini hadiah khas min & warga Selangor MAC buat kalian. Sayonara.”

Instagram Selangor MAC

Mengapa JDT yang paling dikaitkan dengan tujuh pemain tersebut?

Pertama, mereka adalah pemain terbaik yang berada di arena futsal tanah air ketika ini. Sudah tentu JDT mahukan pemain terbaik untuk skuad mereka seperti ketika skuad bola sepak mereka ditubuhkan pada tahun 2013.

Pada 2013, bintang utama Harimau Malaya telah berhijrah menyertai revolusi yang digerakkan pemilik pasukan, Tunku Mahkota Johor (TMJ) antaranya Safiq Rahim, Norshahrul Idlan Talaha, Safee Sali dan dua kembar sensasi negara, Zaquan Adha Abd Razak serta Aidil Zafuan Abd Razak.

Jadi, tidak mustahil senario dan situasi yang sama bakal berlaku kini.

Kedua, Selangor MAC adalah juara MPFL 2022 dan pemain-pemain itulah yang menjadi tunjang kejayaan tersebut. Jadi, untuk menjadi yang terbaik, JDT memerlukan barisan pemain yang terbaik dan inilah cara terpantas.

Untuk projek baharu tentunya ia akan memakan masa yang lama dan JDT tidak boleh menanti terlalu lama kerana jika tiada kejayaan yang mampu diraih dalam tempoh masa yang singkat, bagaimana mereka mahu menarik tajaan? Ini penting bagi meneruskan kelangsungan pasukan mereka.

Selain itu, pemain-pemain ini terbukti adalah yang terbaik di Malaysia ketika ini apabila ada di kalangan mereka menjadi tonggak skuad negara kecuali Danial Dain yang belum pernah lagi menyarung jersi skuad kebangsaan.

Tambah menarik, pemain-pemain itu turutu membantu Selangor MAC untuk menamatkan kejohanan Piala Futsal AFF 2022 di kedudukan ketiga.

Ketiga, kira-kira seminggu lalu, laman Facebook, Asean Futsal menyatakan terdapat khabar angin, tujuh hingga lapan pemain skuad kebangsaan dari Selangor MAC akan menyertai kem JDT untuk saingan MPFL 2023.

Dengan pengumuman Selangor MAC itu, ia seolah-olah memberi gambaran yang mereka inilah yang bakal berhijrah ke JDT bagi kempen musim depan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN