Piala Malaysia: Mampukah Sabah Atasi JDT Di Laman Sendiri?

Saingan Piala Malaysia 2022 dilihat semakin menghampiri kemuncaknya apabila ia sudah pun memasuki pusingan separuh akhir dengan melibatkan empat pasukan.

Untuk aksi malam ini, aksi Piala Malaysia bakal berlangsung dengan melibatkan satu perlawanan sahaja antara Sabah dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Likas.

Selaku tuan rumah, Sabah mempunyai kelebihan mereka menerusi sorakan para penyokong yang sentiasa memenuhi stadium untuk memberi motivasi buat pasukan sepanjang aksi berlangsung.

Namun, JDT juga dilihat tidak bermasalah untuk mencipta sesuatu yang positif kerana rekod perlawanan lalu dalam saingan Liga Super jelas memihak kepada mereka berbanding Sabah.

Apa yang diharapkan oleh kedua pasukan ketika ini pastinya keadaan padang yang baik dan tidak terlalu teruk ditakungi air sehingga merencatkan corak permainan masing-masing.

Rekod perlawanan lalu membabitkan Sabah dan Kuching City, keadaan padang sepanjang aksi berlangsung jelas sangat teruk dan pergerakan bola sering tersekat, selain pemain lebih terpaksa lebih berhati-hati mengawal bola dalam keadaan takungan air.

Bagi aksi malam ini, empat pemain dilihat bakal menjadi tumpuan utama sepanjang saingan berlangsung untuk memberi impak buat pasukan diwakili masing-masing.

Baddrol Bakhtiar (Sabah)

Walaupun baru memasuki musim pertama bersama Sabah, pemain ini sudah pun menjadi kunci utama kekuatan di bahagian tengah serta serangan buat pasukan tersebut.

Kelebihan Baddrol terletak kepada ketenangan beliau dalam mengawal bola serta mampu membuat hantaran-hantaran berbahaya kepada rakan serangan.

Selain pakar menerusi situasi sepakan bebas, Baddrol juga seorang yang sangat tajam untuk menghidu setiap peluang bagi diterjemahkan dalam bentuk gol.

Taiki Kagayama (Sabah)

Boleh dikatakan sebagai salah seorang pemain yang paling rajin serta konsisten buat Sabah dalam setiap perlawanan dilalui musim ini.

Taiki menjadi wira Sabah pada perlawanan lalu, apabila jaringannya membawa pasukan ini mara ke pusingan separuh akhir menerusi tandukan kencangnya.

Pemain ini mempunyai kelebihan dari segi kawalan bola yang bagus, serta mampu untuk meledak gol jarak jauh menerusi kekuatan sepakannya dari luar petak penalti.

Bergson da Silva (JDT)

Jaringan hatrik beliau pada aksi lalu ketika menentang Kelantan memberi amaran buat Sabah, mengapa pemain ini perlu diberi perhatian penuh sepanjang 90 minit perlawanan.

Tampil dengan rekod sebagai penjaring terbanyak Liga Super 2022, Bergson meneruskan konsistensi beliau pada aksi Piala Malaysia ini dengan mengumpul lima gol setakat ini untuk berada di belakang Kpah Sherman.

Aspek kekuatan fizikal, kawalan bola, serta bijak menghidu peluang menjadi senjata utama Bergson setakat ini untuk mendapatkan gol buat JDT.

Arif Aiman Hanapi (JDT)

Salah seorang calon pemain terbaik musim ini telah pun menunjukkan konsistensi beliau dengan sangat baik bersama JDT dalam setiap perlawanan yang membabitkan dirinya.

Arif jelas sedang menikmati musim terbaik beliau ketika ini bersama JDT, setelah aksi yang beliau berikan sehingga kini sentiasa menjadi sebutan ramai pemerhati bola sepak tempatan.

Kelicikan yang ada pada Arif sering menyukarkan pihak lawan untuk mengekang gerakannya. Malah, beliau juga bijak mencipta hantaran-hantaran berbahaya buat rakan serangan dalam petak penalti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN