Kelab Divisyen 7 England Minat Dapatkan Haaland?

Kelab Divisyen 7 yang beraksi dalam saingan Northern Premier League di England iaitu Ashton United sah telah pun membuat permohonan untuk mendapatkan Erling Haaland selaku pemain pinjaman.

Kelab tersebut yang kini berada di tangga ke-11 liga dilihat berminat untuk mendapatkan Haaland selama 28 hari kerana pemain tersebut tidak terlibat dalam saingan Piala Dunia 2022 di Qatar.

Menerusi satu kenyataan rasmi, mereka telah pun membuat permohonan kepada Manchester City untuk menggunakan khidmat pemain tersebut selama 28 hari.

Ketika ini, saingan English Premier League (EPL) telah pun berehat seketika hingga penghujung Disember tanpa sebarang aksi berlangsung.

Menurut kenyataan tersebut, tujuan mereka mendapatkan Haaland selaku pinjaman disebabkan untuk menjaga kecergasan penyerang tersebut, walaupun tidak terlibat dalam aksi Piala Dunia.

Bercakap kepada media rasmi Ashton United, pengurus pasukan iaitu Michael Clegg menganggap perkara ini sebagai sesuatu yang logik.

Jelas beliau, Ashton United cuma mahu membantu Haaland dalam tempoh rehat ini untuk menjaga kecergasan beliau selaku seorang pemain bola sepak profesional.

Malah, Clegg juga menganggap Haaland dilihat sesuai untuk beraksi bersama mereka, dan kemasukan dirinya dapat memberi dinamik terbaik buat pasukan.

“Ianya dilihat sangat masuk akal. City tidak beraksi dan kami hanya mahu membantu Haaland menjaga kecergasan dirinya.

“Ianya lebih baik daripada membiarkan pemain tersebut hanya bermain golf dalam tempoh enam minggu ini.

“Kami rasa kemasukan Haaland sangat bersesuaian dengan pasukan kini, dan beliau akan memberi lebih dinamik untuk kelab beraksi,” ulas beliau.

Walaubagaimana pun, sehingga kini Manchester City masih lagi belum membalas permohonan tersebut untuk melepaskan bintang sensasi mereka.

Haaland tampil sebagai pemain paling diberi tumpuan ketika ini dalam saingan EPL, setelah penyerang tersebut telah menyumbang 18 gol secara keseluruhan untuk aksi liga.

Selain itu, pemain kebangsaan Norway itu juga telah mencipta tiga bantuan jaringan daripada 13 penampilan beliau bersama kelab.

Kecemerlangan pemain itu kini juga berjaya memacu City untuk berada di tangga kedua saingan liga dengan 40 gol sudah pun terhasil bagi memberi impak positif di posisi serangan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN