‘Sudah Tukar Ka?’ – Melaka United Digantikan Dengan Melaka FC

Melaka FC

Kelab Liga Super yang kini telah disingkirkan dari saingan tersebut, Melaka United kini telah digantikan dengan Melaka FC bermula hari ini.

Tindakan ini adalah bagi menggantikan Melaka United yang dianggap sudah ‘terkubur’ lalu Melaka FC diangkat untuk menjadi pasukan negeri itu dalam saingan Liga Malaysia musim depan.

Pasukan Melaka akan mengharungi saingan Liga M3 pada tahun depan.

Menurut laporan Melaka Hari Ini, Melaka kini tidak lagi dalam proses ‘berduka’ kerana disingkirkan dari Liga Super, sebaliknya mereka sedang mensiapkan diri untuk menggegar Liga M3.

Sasaran awal adalah untuk kembali semula ke Liga Super pada 2024.

Kerja-kerja mensiapkan pasukan sedang giat dijalankan dengan empat calon jurulatih sedang disenarai pendek.

“Malah, kita juga sedang dalam proses memilih jurulatih baharu dengan kita sudah menyenarai pendek empat jurulatih iaitu dua jurulatih luar negara dan dua jurulatih tempatan untuk mengemudi pasukan,

“Barisan pemain pulanakan kita siapkan pada Disember, iaitu dua bulan sebelum saingan Liga M3 membuka tirai pada Februari,” kata Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA), Datuk Wira Nur Azmi.

Selain itu, badan induk bola sepak Melaka yang dulu dikenali sebagai Melaka United Soccer Association (MUSA) turut ditukar kepada Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA).

Menjawab mengenai isu keruntuhan bola sepak Melaka akibat masalah tunggakan gaji, Azmi berkata pihaknya akan melakukan tindakan proaktif untuk mengatasi hal tersebut.

Dan perkara itu menjadi isu utama yang akan diatasi Azmi selepas ini.

“Saya mahu fokus dan pastikan pembayaran gaji mengikut masa ditetapkan,

“Saya akan pastikan jika saya berhutang sekali pun, ia bukanlah hutang kepada pemain kerana perkhidmatan itulah yang paling penting dalam mengembalikan sukan bola sepak sebagai sukan nombor satu negeri ini,” ujar Azmi.

Melaka akan kekal bermain di Stadium Hang Jebat dengan aksi Liga M3 disana akan diadakan pada sebelah malam.

Ini adalah berbeza kerana majoriti aksi Liga M3 diadakan pada sebelah petang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN