Man United Sasar Pemain Bintang Maghribi Untuk Perkukuh Jentera Tengah

Pengurus skuad kebangsaan Maghribi, Walid Regragui mengesahkan pemain kebangsaan mereka iaitu Sofyan Amrabat bakal menyertai Manchester United untuk saingan English Premier League (EPL) musim hadapan.

Umum mengetahui United sebelum ini merupakan antara pasukan yang mempunyai masalah konsistensi di bahagian tengah untuk menjadi masalah kepada mereka dalam setiap perlawanan diharungi.

Maka, posisi tersebut antara diberi penekanan utama Erik Ten Hag untuk diperbaiki dengan menyasarkan beberapa pemain sebagai calon seterusnya untuk ditandatangani pada musim hadapan.

Mengenai Amrabat, pemain ini boleh dianggap sebagai salah satu bintang tengah paling berpengaruh pada saingan Piala Dunia musim lalu di Qatar.

Maghribi menjadi salah satu pasukan paling menyerlah pada saingan Piala Dunia lalu, selepas kejayaan mereka untuk mengejutkan beberapa negara pilihan menerusi kualiti permainan ditampilkan.

Amrabat menjadi tumpuan ketika itu setelah kemampuan beliau untuk mengemudi posisi tengah Maghribi memastikan pasukan lawan gagal untuk mencipta banyak peluang-peluang berbahaya.

Sebelum dikaitkan bersama United, pemain berusia 24 tahun itu juga pernah dilaporkan bakal menjadi rekrut terbaharu Liverpool yang mengalami masalah di posisi tengah untuk musim hadapan.

Malah, Amrabat juga dikatakan akan menyertai Atletico Madrid tidak lama lagi sebelum ianya sekali lagi hanya sekadar omongan kosong tanpa bukti.

Bercakap tentang siri perpindahan Amrabat, abang pemain ini iaitu Nordin Amrabat mengakui ada tiga pasukan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain tengah tersebut.

“Saya boleh sebut tiga pasukan yang berminat untuk mendapatkan pemain ini dengan lebih serius sejak beberapa hari lalu.

“Manchester United mempunyai rencana untuk meminjam Amrabat dengan pilihan untuk mengekalkkan terus beliau di sana sebelum ditolak oleh Fiorentina,” jelas beliau menerusi laporan daripada Sportbible.

3 Cara Nak ‘Upgrade’ Pengalaman Layan Liga Malaysia Anda

Sebelum itu Amrabat juga pernah menyatakan keinginan beliau untuk cuba beraksi dalam saingan EPL, dan ianya mungkin menjadi faktor kukuh kini untuk United cuba mengintai peluang terbaik mendapatkan pemain tersebut.

Apapun, pastinya United akan mendapat tentangan daripada banyak lagi kelab elit lain yang juga ketika ini mengintai peluang terbaik untuk turut menandatangani khidmat pemain kebangsaan Maghribi itu.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN