Arsenal Digesa Untuk Dapatkan Bintang Utama Maghribi Dengan Segera

Saingan Piala Dunia 2022 ini menyaksikan Maghribi telah pun melakar kejutan untuk tampil dengan begitu menyerlah sekali dalam setiap perlawanan.

Konsistensi pasukan tersebut menyaksikan mereka berjaya melangkah ke pentas separuh akhir untuk bertemu Perancis sebelum sah tewas dengan keputusan penuh 0-2.

Sebelum itu, beberapa pasukan pilihan telah pun menjadi mangsa Maghribi sejak peringkat kumpulan iaitu Belgium, Sepanyol, serta Portugal dengan jumlah bolos hanya tiga gol sahaja sepanjang saingan berlangsung.

Disebabkan itu, rata-rata para pemain Maghribi kini mula menjadi perhatian kelab berpengaruh serata dunia yang dilihat berminat untuk mendapatkan mereka.

Salah seorang pemain paling mencuri tumpuan mereka terarah kepada Sofyan Amrabat yang dilihat menjadi tunjang utama kekuatan Maghribi di posisi tengah.

Amrabat ketika ini menjadi perhatian utama dengan beberapa pasukan seperti Liverpool dan Tottenham Hotspur dikaitkan bersama pemain tersebut untuk perpindahan akan datang.

Legenda Arsenal, Ray Parlour ketika ini turut menggesa supaya kelab tersebut juga memulakan langkah untuk turut cuba mendapatkan khidmat Amrabat.

Jelas Parlour, beliau jelas sangat kagum dengan prestasi hebat yang dipamerkan oleh pemain Fiorentina itu bersama Maghribi dan menganggap Amrabat sangat hebat.

“Apa yang saya tengok diri beliau dalam kejohanan itu, dia tidak hadir secara berperingkat-peringkat dalam perlawanan besar.

“Dia sentiasa tampil di separuh zon dan mencari bola untuk melihat keadaan sekeliling daripada arah belakang dengan sangat baik.

“Dia merupakan calon pemain paling sesuai. Jika saya berada bersama Arsenal, saya akan mencari beliau kerana Amrabat merupakan pemain tengah dan sesuai bersama kelab ini,” jelas Parlour menerusi Sport Bible.

Bersama Maghribi, Amrabat dan rakan sepasukan lain berjaya melakar sejarah buat pertama kali negara dari benua Afrika melayakkan diri ke pusingan separuh akhir.

Untuk aksi final akan datang, Perancis bakal membuat perhitungan bersama Argentina yang tidak mengalami kesukaran besar untuk menewaskan Croatia.

Perlawanan ini dianggap bakal tampil dengan sangat sengit, selepas kedua negara tersebut tampil dengan sangat menyerlah sepanjang aksi Piala Dunia berlangsung, sebelum bakal tampil di final untuk membuat perhitungan.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN