Corbin Ong Mahu Malaysia Waspada Ancaman Papua New Guinea

Malaysia bakal menghadapi aksi kedua persahabatan antarabangsa untuk membuat perhitungan seterusnya berdepan Papua New Guine di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Terengganu.

Pada aksi lalu, skuad kebangsaan berjaya mencatat kemenangan besar untuk mengatasi Kepulauan Solomon menerusi keputusan penuh 4-1 bersama persembahan cukup cemerlang.

Walaupun lawan berada di ranking lebih baik berbanding Malaysia, skuad kendalian Kim Pan-gon tampil dengan aksi cukup menyakinkan untuk mendapat reaksi positif dalam kalangan penyokong.

Salah seorang pemain paling menonjol pastinya terarah kepada pertahanan kental negara iaitu Corbin Ong menerusi kualiti ditampilkan sepanjang aksi berlangsung.

Malah, kelibat pemain ini dijangka akan terus dikekalkan oleh Kim dalam usaha untuk memperkuatkan barisan pertahanan negara daripada dibolosi oleh pasukan lawan.

Walaupun mempunyai kelebihan daripada segi laman sendiri serta kedudukan ranking yang lebih tinggi, Corbin Ong turut mengingatkan kepada rakan sepasukan lain untuk berwaspada dengan sebarang kejutan bakal dicipta oleh lawan.

Menurut Corbin, elemen kejutan merupakan sesuatu yang biasa berlaku dalam dunia bola sepak jika setiap pasukan beraksi tidak mengamalkan sikap berhati-hati serta mengambil mudah.

“Fokus utama kami adalah untuk meneruskan rentak kemenangan, jadi kami perlu mengikut segala perancangan jurulatih, Kim Pan-gon dengan memberikan segalanya untuk negara.

“Bagaimanapun kita perlu berwaspada dengan ancaman pasukan pelawat, kami ada melihat analisis video perlawanan persahabatan antara Singapura dan pasukan itu (Papua New Guinea) yang berakhir dengan keputusan seri 2-2, ternyata ia bukan perlawanan yang mudah buat kami.

“Tapi kami sudah bersedia sepenuhnya daripada segi fizikal dan mental, jurulatih pastinya ada ramuannya yang tersendiri dan bersedia dengan taktikal sebelum turun berdepan pasukan itu.

“Jadi kami perlu fokus setiap masa dengan memperagakan aksi terbaik dengan mengelak melakukan kesilapan mudah dalam perlawanan itu nanti, saya harap pasukan kami ada peningkatan selepas berdepan dengan Kepulauan Solomon tempoh hari,” katanya menerusi Harian Metro.

3 Cara Nak ‘Upgrade’ Pengalaman Layan Liga Malaysia Anda

Menerusi gandingan antara Corbin bersama Faisal Halim pada perlawanan lalu, kedua pemain ini berjaya menampilkan aksi serangan yang cukup baik untuk mengkucar kacirkan pertahanan lawan.

Selain Corbin yang beraksi di posisi pertahanan kiri, Malaysia juga mempunyai seorang lagi pemain yang juga berkualiti untuk dibawa turun beraksi iaitu Daniel Ting.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN