Paulo Josue Intai Peluang Ledak Gol Berdepan Papua New Guinea

Pemain naturalisasi Harimau Malaya, Paulo Josue pastinya menjadi individu paling gembira ketika ini selepas kejayaan beliau untuk meledak gol sulung bersama skuad kebangsaan ketika berdepan Kepulauan Solomon.

Malah, ini menjadi gol sulung beliau di pentas antarabangsa sejak penglibatan beliau dalam dunia bola sepak profesional sebelum menyertai skuad kebangsaan Harimau Malaya.

Untuk aksi akan datang, Josue memasang tekad mendapatkan lagi jaringan buat Harimau Malaya, setelah mereka bakal membuat perhitungan menentang Papua New Guinea pada Selasa ini di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA).

Menurut Josue, jaringan tersebut dianggap cukup berharga dengan ia turut menaikkan lagi motivasi pemain tersebut untuk terus memberi segala yang terbaik bersama skuad kebangsaan.

Tambah pemain kelahiran Brazil itu, antara faktor menjadikan Harimau Malaya berjaya menewaskan Kepulauan Solomon sebelum itu disebabkan sikap kerjasama diamalkan oleh rakan sepasukan.

Malah, sikap para pemain untuk berusaha secara berterusan tanpa mengenal erti lelah juga turut menjadi kunci utama kejayaan negara untuk menewaskan lawan yang mempunyai ranking lebih tinggi.

Walaupun begitu, Josue juga menyatakan bukan gol sahaja menjadi keutamaan beliau, sebaliknya kejayaan diraih bersama rakan sepasukan merupakan sesuatu yang lebih penting untuk skuad kebangsaan.

Terdahulu, Josue menjadi pencetus kebangkitan buat skuad kebangsaan setelah beliau berjaya mendapatkan kembali gol penyamaan buat Malaysia yang ketinggalan 0-1 sebelum itu kepada lawan.

Uniknya pada perlawanan tersebut, Josue bertindak selaku penyerang utama negara selepas Malaysia kehilangan khidmat Shahrel Fikri serta Haqimi Azim yang mengalami kecederaan.

“Saya begitu gembira dan berbangga selepas terpilih menjadi sebahagian daripada pemain dalam pasukan Harimau Malaya selepas sebelum ini beraksi menentang Turkmenistan dan Hong Kong pada Mac lalu.

“Lebih membanggakan selepas saya berjaya menjaringkan gol pertama dalam karier antarabangsa bersama skuad kebangsaan, pengalaman ini sudah tentu tidak akan saya lupakan walaupun saya akui deretan peluang yang terhidang gagal disudahkan dengan jaringan.

“Situasi ini berkemungkinan disebabkan posisi bersama KL City saya bermain di bahagian tengah bukan penyerang, tapi saya tidak kisah dan gembira kerana diletakkan sebagai penyerang lebih-lebih lagi persefahaman kami ketika beraksi kian meningkat.

“Jika sekali lagi diberi tanggungjawab ini menentang Papua New Guinea, sudah pasti saya mahu terus memberikan impak yang lebih baik buat pasukan selain mengintai peluang untuk memburu jaringan untuk membantu skuad kebangsaan selain melebar rekod jaringan peribadi,” kata Josue menerusi Harian Metro.

3 Cara Nak ‘Upgrade’ Pengalaman Layan Liga Malaysia Anda

Untuk siri perlawanan akan datang, dilaporkan Shahrel Fikri sudah bersedia untuk dibawa turun dengan kemungkinan besar Josue akan kembali bertindak di posisi tengah negara.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN