Luke Shaw Beri Bayangan 2 Bintang Utama England Mungkin Sertai Man United

Bintang bola sepak Manchester United iaitu Luke Shaw memberi bayangan awal kepada penyokong The Red Devils, tentang kemungkinan dua pemain baharu mungkin akan sertai mereka pada musim hadapan.

Luke Shaw bukan lagi nama asing dalam kalangan penyokong bola sepak seluruh dunia, selepas pemain ini menjadi salah satu pertahanan kiri berpengaruh serta menjadi keutamaan buat skuad kebangsaan di England.

Seperti diketahui, United menjadi salah satu kelab paling sibuk ketika ini untuk menandatangani beberapa pemain baharu untuk memantapkan di segenap posisi.

Posisi paling diberi tumpuan ketika ini pastinya jentera serangan kelab dengan beberapa nama pemain telah disenaraikan sebagai calon baharu untuk saingan musim hadapan.

Musim lalu menyaksikan United jelas mempunyai masalah ketumpulan di posisi serangan, selepas Cristiano meninggalkan kelab serta prestasi diharapkan kepada Wout Weghorst serta Anthony Martial tidak mencapai tahap terbaik.

Disebabkan itu, Erik Ten Hag telah pun menyatakan sejak awal posisi serangan kini menjadi keutamaan beliau sebelum saingan kembali bermula nanti.

Terkini, Luke Shaw seolah memberi bayangan dua pemain baharu United bakal ditandatangani dengan menyatakan di Instagram, selepas beliau bergambar dengan Harry Kane serta Declan Rice di Instagram.

Ketiga pemain itu bergambar ketika mereka bersama dalam kem kebangsaan England untuk aksi kelayakan Euro 2024 dengan aksi akan datang bakal berlangsung di Old Trafford.

Untuk aksi akan datang, England bakal berdepan Macedonia Utara dan kini mereka sedang menjalani latihan di Carrington yang merupakan tempat rasmi buat para pemain United menjalani latihan.

Pada kenyataan di Instagram, Shaw meletakkan gambar beliau bersama dua pemain tersebut menerusi kenyataan,”lawatan ke Carrington” bersama emoji mata untuk menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat.

Rata-rata sudah pun mengetahui Kane merupakan pemain sasaran utama United dalam usaha mereka untuk memperkuatkan jentera serangan musim hadapan.

Menerusi kualiti serta ketajaman penyerang bertubuh tegap itu, Ten Hag melihat beliau sebagai pemain yang sangat sesuai untuk mengetuai jentera serangan The Red Devils selain faktor pengalaman Kane dalam saingan English Premier League (EPL).

Walaupun begitu, segalanya tampak tidak begitu mudah selepas Tottenham Hotspur dilihat enggan melepaskan pemain tersebut kepada United walaupun kontak Kane bersama kelab lamanya akan tamat tidak lama lagi.

Untuk situasi Declan Rice pula, pemain ini menjadi salah satu sasaran utama diletakkan oleh Arsenal dan beberapa perbincangan serta rundingan sudah pun dibuat walaupun turut berada dalam radar United awalnya.

3 Cara Nak ‘Upgrade’ Pengalaman Layan Liga Malaysia Anda

Namun, situasi mungkin boleh berubah jika United mahu mengukuhkan terus jentera tengah mereka serta mempunyai kewangan lebih stabil untuk cuba mendapatkan Rice pada musim hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN