Manchester United sebelum ini menyatakan minat mereka untuk mendapatkan Aaron Wan Bissaka. Namun pasukan tersebut disentak dengan sebut harga yang diletakkan Crystal Palace – yang meminta £50 juta untuk pemain tersebut.
Manchester United terdesak untuk mencari bek kanan yang baru. Ini selepas pemergian Antonio Valencia serta Ashley Young yang sudah lanjut usia.
Buat masa ini Man. United sudah ada Diogo Dalot untuk posisi bek kanan. Namun pemain tersebut kelihatan masih bergelut untuk menjadi pemain kesebelasan utama pasukan.
Semalam The Times melaporkan Man. United melakukan bidaan £40 juta ke atas Aaron Wan Bissaka. Akan tetapi Crystal Palace memberitahu mereka hanya akan mempertimbangkan tawaran bernilai £60 juta.
Manchester United have made a £40 million bid for Aaron Wan Bissaka which was rejected by Palace according to @Matt_Law_DT
Palace want £60 million for him.
Would you pay the £60 million asking fee?
🔴⚪️⚫️ pic.twitter.com/mqFBD9qok7
— RedDevCunians (@reddevcunians) June 9, 2019
Pihak Manchester United dikatakan masih mahu berbincang untuk memastikan rundingan ini tidak terputus. Pada hari ini The Times melaporkan Crystal Palace menaikkan lagi tanda harga pada £65 juta.
Manchester United have failed with a £40 million bid for Aaron Wan-Bissaka after Crystal Palace valued their 21-year-old defender at closer to £65 million | @garyjacob https://t.co/PJAZo04Yg5
— Times Sport (@TimesSport) June 10, 2019
Jadi sama-sama kita menantikan langkah seterusnya oleh Manchester United dan juga pihak Palace dan Wan Bissaka. Adakah Man. United akan mengemukakan tawaran baru kepada Crystal Palace. Ataupun meletakkan tawaran akhir mahupun kekal dengan tawaran £40 juta dan memberitahu ‘take it or leave it?’.
Pada pandangan kami Manchester United sukar untuk menurunkan harga tersebut kerana Aaron Wan Bissaka tidak ada tanda-tanda mahu mendesak perpindahan itu.
Dan jika selepas ini Aaron Wan Bissaka menghantar ‘transfer request’, saga perpindahan ini akan menjadi lebih kompleks.
Wan Bissaka antara bek sisi dalam prestasi terbaik musim 2018/19. Beliau sangat baik ketika bertahan dan juga menyerang.
Ramai juga menganggap Crystal Palace terlalu emosi dalam meletakkan tanda harga. Sebelum ini mereka meletakkan Wilfred Zaha dengan nilai tanda harga £100 juta.